Pengurusan rantaian bekalan kami
Pengurusan rantaian bekalan yang bertanggungjawab ialah aspek yang penting bagi Rolex kerana mempengaruhi kemampanan aktiviti syarikat secara langsung dan ketara. Untuk mengawal pekara itu, Rolex bergantung pada rangka kerja perundangan dan kawal selia serta telah memformalkan pendekatan kerjasama dengan rakan kongsi.
Dalam konteks ini, jenama ini melaksanakan langkah-langkah pengesanan dan pengurusan risiko serta mendalami analisis alam sekitar dan sosial syarikat secara berterusan. Rolex mengekalkan perhubungan yang kerap dengan para pembekal dan membuat perjanjian dengan mereka secara berkala berkenaan dengan proses penambahbaikan. Rolex sedang berusaha untuk memetakan rantaian bekalan di kawasan yang paling penting kepada matriks risiko, termasuk mineral dan logam, batu permata, serta alat pemotong, kulit, koko dan artikel promosi. Rolex khususnya menilai risiko buruh kanak-kanak dalam kalangan pembekal berdasarkan tempat asal produk.
Hal ini secara rasmi menetapkan amalan pembelian yang bertanggungjawab yang telah beroperasi dalam syarikat selama bertahun-tahun, dan berpusat di sekitar mekanisme kawalan bekalan yang mengambil kira kesan kami.
Pendekatan ini menetapkan komitmen sukarela kami yang lahir daripada nilai teras kami, etika kami dan peraturan dalaman yang sentiasa kami terapkan.
Untuk melaksanakan kewajipan usaha wajar kami, kami mengatur proses merentas pelbagai segmen pembelian dan mewujudkan tadbir urus untuk memastikan kami menguruskan risiko dalam bidang yang berikut: menghormati hak asasi manusia – khususnya untuk memerangi kegiatan buruh kanak-kanak –, mengambil kira kesan aktiviti kami terhadap komuniti, inisiatif sosial, mencegah risiko alam sekitar, mengurangkan gas rumah hijau, pengurusan sisa, kebolehkesanan bahan mentah serta etika perniagaan dan deontologi.
Rolex telah melaksanakan pelan audit untuk para pembekal dan pembekal sepadan mereka, yang diutamakan mengikut risiko buruh kanak-kanak.
Audit ini dijalankan mengikut satu set kriteria yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa yang menggabungkan syarat sosial dan alam sekitar Rolex.
Jenama ini mematuhi artikel 964k Kod Kewajipan Switzerland, yang mensyaratkan usaha wajar berkenaan dengan mineral dan logam dari zon berkonflik. Rolex telah melantik firma pakar bebas untuk membantu dalam hal ini.