Orang turut bertanya:
“Apakah yang terkandung dalam jaminan Rolex?” / “Berapa lamakah waranti Rolex?” / “Adakah jaminan Rolex meliputi seluruh dunia?”
Rolex menjamin kefungsian yang betul untuk jam tangannya bagi tempoh lima tahun dari tarikh pembelian. Jaminan Rolex tidak termasuk haus dan lusuh (terutamanya haus dan lusuh untuk rantai dan tali bukan logam) dan tidak termasuk kerosakan atau kesan terhadap fungsi jam tangan yang disebabkan oleh kemalangan, pengendalian atau penggunaan jam tangan yang salah; pembaikan, pembukaan atau manipulasi jam tangan oleh sesiapa sahaja selain Kedai Barang Kemas Rasmi Rolex atau Pusat Perkhidmatan Rasmi Rolex; atau penggunaan alat ganti atau komponen selain alat ganti atau komponen Rolex yang tulen. Waranti tidak meliputi jam tangan yang diubah suai secara ketara dengan penambahan atau penggantian bahagian atau komponen Rolex bukan tulen (cth., bezel, penutup, rangka penutup, belakang penutup, permukaan, bahagian penting gerakan, keseluruhan gerakan). Jaminan hanya sah jika (1) jam tangan dijual oleh Kedai Barang Kemas Rasmi Rolex; (2) kad jaminan telah lengkap diisi oleh Kedai Barang Kemas Rasmi Rolex pada masa pembelian; dan (3) kad jaminan dibawa bersama jam tangan, sama ada ke Kedai Barang Kemas Rasmi Rolex atau Pusat Perkhidmatan Rasmi Rolex.