Jam Tangan Rolex Pernah Milik Sah

Terpakai, kehidupan baru

Dibina untuk bertahan, jam tangan Rolex selalunya mempunyai beberapa kehidupan. Dengan Program Rolex Pernah Milik Sah, kami menawarkan peluang untuk membeli jam tangan yang pernah dipakai sebelum ini yang diperakui asli, disenggara sepenuhnya dan dijamin oleh Rolex. Tanpa mengira kehidupan masa lalu jam, jam tangan kami dipersiapkan untuk menemani anda dalam pengembaraan baharu. Secara berterusan.

“Kami tidak akan menjual seutas jam tangan yang tidak sempurna dari segi teknikal serta tidak memberikan kepuasan yang sepenuhnya.”

Hans Wilsdorf
Rolex pernah milik sah
Ketulenan yang diperakui

Ketulenan yang diperakui

Program RCPO kami menjamin ketulenan jam tangan Rolex terpakai yang berusia sekurang-kurangnya tiga tahun dan ditawarkan untuk dijual oleh Peruncit Rasmi kami yang memaparkan plak Khas Rolex Pernah Milik Sah. Pakar dalam rangkaian kami di seluruh dunia mengesahkan setiap komponen setiap jam tangan yang diamanahkan kepada mereka dengan teliti. Oleh itu, program RCPO menjamin bahawa jam tangan ini, benar-benar tulen. Hal ini menunjukkan usaha berterusan kami untuk menggapai kecemerlangan.

kaliber yang paling dipercayai

Kemampanan, teras komitmen kami

Penjagaan jam tangan Rolex terpakai yang sama untuk diberikan kehidupan baharu mencerminkan komitmen kami terhadap kemampanan. Kami sentiasa memilih bahan yang paling teguh dan membangunkan kaliber yang paling boleh dipercayai supaya jam tangan kami tahan terhadap haus dan lusuh dengan lebih cekap. Program Rolex Pernah Milik Sah ialah kesinambungan komitmen ini. Jam tangan RCPO disenggara sepenuhnya dan jika perlu, komponen diganti menggunakan stok alat ganti tulen kami yang diselenggara dengan teliti. Oleh itu, kami menjamin bahawa, pemakai demi pemakai, jam tangan RCPO memenuhi kriteria kualiti dan prestasi yang wujud pada semua produk kami.

Temui lebih lanjut tentang kemampanan

Dan kesudahan ceritanya? Masih belum ada penghujungnya!

Hans Wilsdorf

Prosedur penyenggaraan dan jaminan Rolex

Bermula dari tarikh pembelian, jam tangan Rolex Pernah Milik Sah kami mendapat manfaat daripada jaminan antarabangsa selama dua tahun. Jam tangan ini boleh didapati di Peruncit Rasmi kami yang telah mematuhi program ini. Kesemuanya didatangkan dengan meterai yang berbeza dan kad jaminan yang membuktikan ketulenan dan berfungsi dengan betul. Dari ketibaan di kedai kepada menentukan saiz rantai terakhir, memperoleh jam tangan RCPO ialah janji sebuah pengalaman Rolex yang sebenar.

Prosedur penyenggaraan dan jaminan Rolex