Menawan ketinggian baharu
Permukaan ikonik dengan keterbacaan optimum. Keteguhan yang direka untuk menghadapi segala cabaran.
Dicipta susulan pendakian bersejarah Everest pada tahun 1953, Oyster Perpetual Explorer merupakan antara jam tangan Profesional Rolex yang pertama. Sebagai teman yang setia dan tepat, jam ini direka untuk menghadapi cabaran alam, melampaui sempadan dan mengatasi kemustahilan.
Explorer mengiringi insan yang mengikuti jejak langkah penjelajah perintis, lelaki dan wanita yang bersemangat yang didorong oleh kemahuan untuk mengukir laluan baharu untuk dunia masa hadapan.
Dengan pensijilan Superlative Chronometer dan pelbagai inovasi pembuatan jam tangan Rolex, Explorer ialah pendamping yang setia, tepat dan mudah dibaca dalam apa-apa keadaan.
Temui ciri-ciriIni ialah barel berprestasi tinggi. Komponen ini menyimpan, kemudian mengagihkan tenaga yang diperlukan kepada kaliber dengan cara yang optimum.
Pada 29 Mei 1953, jam 11.30 pagi, Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay, ahli ekspedisi British yang dilengkapi jam tangan Oyster Perpetual dan diketuai oleh Sir John Hunt, merupakan pendaki pertama yang sampai di puncak Gunung Everest setinggi 8,848 meter (29,029 kaki).
Inisiatif Planet Abadi menyokong tiga bidang tindakan utama: pemuliharaan lautan, perlindungan hutan belantara dan pemeliharaan dunia hidupan.
Ini ialah cuping. Diukir ke dalam bahan yang sama seperti penutup tengah, yang merupakan sambungan semula jadi, membentuk jambatan penting yang menghubungkan rantai dengan jam tangan.