Penjagaan Rolex anda

Di Rolex, kami ingin memastikan jam tangan anda berfungsi dengan baik sepanjang hayat anda, sama seperti hari anda membeli jam itu. Rolex anda hanya memerlukan penjagaan yang minimum.

Memakai jam tangan buat kali pertama

Sebelum dipakai untuk kali pertama, atau jika jam telah berhenti, jam tangan Rolex mesti diputarkan secara manual agar berfungsi dengan betul dan tepat. Untuk memutarkan jam tangan secara manual, nyahskrukan putaran jam sepenuhnya, kemudian pusingkan beberapa kali mengikut arah jam (putaran lawan arah jam tidak memberikan apa-apa kesan). 25 putaran minimum diperlukan untuk pemutaran separa yang mencukupi. Berhati-hati ketika memasang semula skru putaran jam pada penutup bagi memastikan kekalisan air terpelihara. Jam tangan akan berputar secara automatik selagi dipakai pada pergelangan tangan.

Memakai jam tangan buat kali pertama
Memutarkan jam tangan anda secara manual

Memutarkan jam tangan anda secara manual

Apabila anda memakai Rolex anda setiap hari, anda tidak perlu memutarkan jam tersebut. Sekiranya anda menanggalkan dan meletakkan jam tangan di suatu tempat, “cas” akan bertahan selama dua hari atau lebih, bergantung pada model. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memakai Rolex selama lebih daripada beberapa hari dan jam tangan telah berhenti, kami mencadangkan anda supaya memutarkan jam secara manual untuk menetapkan masa sebelum dipakai.

Menetapkan masa dan tarikh

Menetapkan masa dan tarikh

Jam tangan Rolex boleh ditetapkan dengan menyahskrukan putaran jam dan ditarik keluar ke takuk kedua. Jarum saat dihentikan untuk membolehkan anda membuat penetapan masa. Setiap model mempunyai panduan pengguna dan fungsi terperinci yang mungkin berbeza-beza. Sila muat turun panduan yang sesuai.

Day-Date

Penjagaan harian

Berkat kepakaran Rolex, jam tangan anda hanya memerlukan penjagaan harian yang sangat sedikit. Anda boleh membantu untuk mengekalkan kilauan dengan membersihkan jam sekali-sekala menggunakan kain mikrofiber. Anda juga boleh mencuci penutup dan rantai dari semasa ke semasa menggunakan air sabun serta berus lembut. Sebelum membersihkan jam tangan anda, sentiasa pastikan bahawa putaran jam diskrukan dengan betul pada penutup untuk menjamin kekalisan air.

Datejust
Permukaan

Air merupakan unsur semula jadi bagi rantai logam Rolex, termasuklah air masin laut dan lautan. Semua jam tangan Rolex adalah kalis air hingga kedalaman sekurang-kurangnya 100 meter untuk model-model Oyster Perpetual dan 50 meter untuk model Perpetual 1908. Selepas menyelam atau seharian berada di pantai, anda hanya perlu bilas jam anda dengan air tawar untuk menanggalkan garam dan pasir: memakai jam tangan anda ketika mandi juga satu idea yang bijak.

Kekalisan air

Penutup Oyster Rolex anda melindungi jam daripada air dan menjadikan jam itu kalis debu dan kalis air sepenuhnya. Untuk mengekalkan kekalisan air jam tangan, penutup Oyster harus ditutup kedap dengan betul. Putaran jam Rolex anda diskrukan dengan ketat untuk menghasilkan tutupan kedap seperti hac kapal selam. Apabila anda mengeset semula masa atau tarikh atau memutarkan jam tangan secara manual, adalah sangat penting untuk memastikan bahawa anda telah menskrukan putaran jam sehingga tidak dapat dipusingkan lagi.

Oyster
Bersukan sambil memakai Rolex

Anda boleh bersukan dengan Rolex pada pergelangan tangan anda kerana penutup Rolex Oyster memberi gerakan jam dengan perlindungan optimum terhadap kejutan.

Di Rolex, kami menitikberatkan ketepatan jam tangan kami dan menjalankan ujian yang paling ketat ke atas setiap unit untuk memastikan ketepatan apabila digunakan kelak.

Dikuasakan oleh anda

Dikuasakan oleh anda

Jam tangan Rolex ialah simbol kejuruteraan mekanikal yang menakjubkan. “Jantung” bagi jam tangan Rolex, iaitu gerakan, dikuasakan oleh anda: semasa anda menggerakkan pergelangan tangan sepanjang hari, rotor Perpetual di dalam jam tangan berayun secara perlahan lalu memindahkan tenaga ke pegas utama, lantas membekalkan sumber kuasa yang malar dan stabil bagi mengawal aturan jam tangan.

Mekanisme
Direka khas buat anda

Direka khas buat anda

"Jantung" Rolex anda akan dipengaruhi oleh gaya hidup anda yang unik; jika anda ingin mengoptimumkan prestasi jam tangan anda pada bila-bila masa, Peruncit Rasmi Rolex anda sentiasa bersedia membantu untuk menguji ketepatan dan sekiranya perlu, menyesuaikan roda imbang bagi memastikan Rolex anda ditata secara unik buat anda.

Cari Peruncit
Seutas jam tangan yang kekal sepanjang hayat

Seutas jam tangan yang kekal sepanjang hayat

Di Rolex, kami berusaha membina sebuah jam tangan yang kekal sepanjang hayat dan yang boleh menahan kejutan seharian, suhu, kedalaman dan lebih daripada itu – untuk menyesuaikan diri dengan semua gaya hidup. Kaedah teliti dalam pembuatan jam tangan ini bermaksud satu-satunya yang anda perlu lakukan adalah menyenggarakan jam tangan anda apabila tiba masanya.