Merentas pelbagai persekitaran, hidupan liar Afrika menyingkap kisah luar biasa tentang adaptasi, daya tahan dan kemandirian spesies.
Musim pertama Earth’s Wild Home – siri sejarah semula jadi yang penting hasil kerjasama antara National Geographic, National Geographic Society dan Rolex dalam Inisiatif Planet Abadi – membawa penonton menelusuri perjalanan tujuh bahagian yang mengasyikkan ke bumi Afrika.
Landskap yang menakjubkan, spesies baharu, tingkah laku yang belum pernah didokumentasikan serta kisah luar biasa tentang adaptasi dan kemandirian spesies. Selama hampir empat tahun penggambaran di hampir 30 buah negara, Africa Earth’s Wild Home merakam hidupan liar benua itu dengan cara yang belum pernah disaksikan sebelum ini, sekali gus menyingkap alam semula jadi yang amat penting untuk dilindungi.

Afrika merupakan tempat bagi ekosistem yang amat pelbagai, meliputi kawasan gersang, hutan tropika, savana yang luas serta pergunungan dan pulau. Merentasi persekitaran yang berbeza-beza ini, hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan telah menyesuaikan diri dengan keadaan panas dan lembap, serta musim kemarau dan hujan.
Katak hujan hitam, dubuk, gajah, harimau kumbang dan cimpanzi: setiap persekitaran menjadi habitat bagi spesies yang mempunyai strategi adaptasi tersendiri. Spesies yang paling sukar ditemukan mahupun yang paling ikonik, kesemuanya membentuk kepelbagaian hidupan liar yang luar biasa. Africa Earth’s Wild Home merakam sebahagian daripada tingkah laku mereka untuk kali pertama.
Merentas pelbagai persekitaran, hidupan liar Afrika menyingkap kisah luar biasa tentang adaptasi, daya tahan dan kemandirian spesies.
Amati, fahami, kongsi dan lindungi. Melalui Inisiatif Planet Abadi dan kerjasama National Geographic Society, Rolex menyokong para peneroka dan saintis yang menerajui usaha pemuliharaan untuk memperkukuh pengetahuan kita tentang alam semula jadi serta menjamin masa hadapan yang lestari. Antaranya, Steve Boyes, Gladys Kalema-Zikusoka, Matt Shirley dan Ingi Agnarsson, yang menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang hidupan liar Afrika menerusi kerja lapangan mereka.
Siri ekspedisi Tulang Belakang Afrika oleh Steve Boyes mencerminkan komitmen ini. Dengan menerokai lembangan sungai utama di benua tersebut, ahli biologi itu mendokumentasikan rizab air tawar, kepelbagaian biologi serta cara masyarakat setempat memanfaatkan alam, sekali gus melindungi sumber penting ini untuk generasi akan datang.
Artikel ini dihasilkan dengan kerjasama:
National Geographic