Mengharungi cabaran yang tidak diketahui
Penanda aras jam tangan penyelam. Peneman untuk menempa laluan baharu. Ikon dengan aura universal.
Ketika pelancaran pada tahun 1953, Oyster Perpetual Submariner merupakan jam tangan penyelam pertama Rolex yang kalis air hingga 100 meter (330 kaki). Kini kalis air hingga 300 meter (1,000 kaki), Submariner dan Submariner Date, yang diperkenalkan pada tahun 1969, telah menaklukkan wilayah bawah air baharu yang begitu dalam.
Melangkaui permukaan air
Sepertimana mereka yang berani meneroka kedalaman lautan yang tidak diketahui, ramai orang telah memilih Submariner untuk menyelami dunia yang asing.
Jam tangan penyelam terulung
Reka bentuk ikonik, ciri teknikal istimewa dan legasi inovasi berterusan: Submariner telah menjadi penanda aras abadi untuk jam tangan penyelam.
Temui ciri-ciriSelanjutnya
Bezel boleh putar satu arah
Ini ialah bezel boleh putar satu arah kami. Semua jam tangan menyelam kami dilengkapi bezel ini. Senggatan 60 minit pada jam ini membolehkan penyelam mengukur masa selaman mereka dengan sepintas lalu sebelum kembali ke permukaan.
Inisiatif Planet Abadi
Inisiatif Planet Abadi menyokong tiga bidang tindakan utama: pemuliharaan lautan, perlindungan hutan belantara dan pemeliharaan dunia hidupan.
Glidelock
Ini ialah sistem sambungan Rolex Glidelock kami. Diperkenalkan pada tahun 2008 dan dipatenkan, ia membolehkan beberapa rantai jam tangan kami dilaraskan hingga lebih kurang 15 atau 20 mm, takuk demi takuk, tanpa alatan.
Menguasai Kekalisan Air
Hans Wilsdorf yang memulakan kerjaya beliau pada tahun 1900 di sebuah syarikat jam tangan di La Chaux-de-Fonds, memerhati perubahan gaya hidup terutamanya peningkatan dalam populariti sukan dan aktiviti luar.
Kunci ganda tiga
Ini ialah putaran jam pusingan Triplock kami. Ia dilengkapi sistem inovatif yang kami perkenalkan pada tahun 1970 pada jam tangan Sea-Dweller: sebuah "kunci ganda tiga" yang menyediakan tiga zon tertutup.