• Lokasi kedai
    Kegemaran
Konfigurasi Rolex andaLokasi kedai

Pilihan

Roland-Garros
Oyster Story
Permukaan batu semula jadi
Jia Zhang-Ke

Jam tangan dan aksesori Rolex

Jam tangan baharu 2026
Land-Dweller
Day-Date
Sky-Dweller
Lady-Datejust
Datejust
Oyster Perpetual
Cosmograph Daytona
Submariner
Sea-Dweller
Deepsea
GMT-Master II
Yacht-Master
Yacht-Master II
Explorer
Explorer II
Air-King
1908
Aksesori Rolex
Lihat semua jam tanganKonfigurasi Rolex anda

Kepakaran membuat jam tangan

Anatomi Rolex
Di sebalik meterai
Teras kecemerlangan

Oyster Story

Oyster Story
Filem
Pameran

Perihal Rolex

Kemampanan
Di sebalik mahkota
Sejarah

Sukan, Kesenian dan Planet

Rolex dan sukan
Planet Abadi
Keabadian Seni
Temui keluarga Rolex

Pembelian dan penyenggaraan

Membeli seutas Rolex
Rolex Pernah Milik Sah
Menyenggara Rolex anda
Penjagaan Rolex anda
Cari peruncitCari pusat perkhidmatan

Bahasa yang tersedia
di Amerika Syarikat

  • English
  • Français
  • Deutsch
  • Italiano
  • 简体中文
  • 繁體中文
  • 日本語
  • Español
  • Português (Brasil)
  • 한국어
  • Русский
  • العربية
  • Türkçe
  • Bahasa Indonesia
  • ภาษาไทย
  • فارسی
  • Nederlands
  • Tiếng Việt
  • हिंदी
  • Polski
  • עברית
  • Bahasa Malaysia

Pilih
rantau lain

Anda kini berada di Amerika Syarikat.
Anda boleh melihat laman web ini di negara lain dengan membuat pilihan di bawah.

    • Argentina
    • Brasil
    • Canada (EN)
    • Canada (FR)
    • México
    • United States
    • Australia
    • Hong-Kong
    • India
    • 日本
    • Malaysia (EN)
    • Malaysia (MS)
    • Singapore
    • भारत
    • ไทย
    • 대한민국
    • 中国
    • 台灣
    • 香港
    • België
    • Belgique
    • Deutschland
    • España
    • France
    • Ελλάδα
    • Italia
    • Nederland
    • Österreich
    • Schweiz
    • Suisse
    • Svizzera
    • United Kingdom
    • الإمارات العربية المتحدة
    • المملكة العربية السعودية‎

Pintasan

Cari Rolex andaKonfigurasi jam tangan RolexSoalan Lazim
Keluarga Rolex
James Cameron

James Cameron

Pembuat filem dan penjelajah yang berwawasan

Kreativiti dan minat James Cameron yang tiada tandingan untuk sains dan inovasi laut dalam telah mengukuhkan statusnya sebagai pembuat filem berwawasan dan penjelajah yang berani.

Gaya hidup James Cameron

Imaginasi ialah daya yang mampu menyeru realiti. Jangan sekat kemampuan diri anda. Biarkan orang lain yang berbuat demikian.

James Cameron

James Cameron

Nafas baharu pawagam melalui penerokaan

James Cameron yang terkenal sebagai sifu industri perfileman telah konsisten mengembangkan teknik penceritaan sinematik melalui filem seperti Titanic dan Avatar.

Sebagai seorang penjelajah, Cameron mencipta sejarah sebagai orang pertama yang mencapai titik paling dalam di lautan dengan penyelaman solo. Penerokaan laut dalam telah banyak mempengaruhi filemnya dengan menyemai pengembaraan dan rasa hormat yang mendalam terhadap alam semula jadi.

Challenger Deep

Keghairahan sejati terhadap penerokaan dan penceritaan

Minat Cameron terhadap penerokaan bermula pada zaman kanak-kanak apabila beliau terpikat akan misteri lautan.

Rasa ingin tahu ini menjadi pendorong usaha masa depannya dalam pembuatan filem dan penerokaan. Minat Cameron terhadap laut dalam terbukti melalui karya awalnya seperti Abyss yang menampilkan teknik penggambaran dalam air yang canggih.

Perjalanannya dalam pembikinan filem bermula semasa zaman kolej. Diinspirasikan oleh Stanley Kubrick 2001: A Space Odyssey, Cameron memutuskan untuk meneruskan kerjaya dalam filem. Beliau pada mulanya bekerja sebagai pemandu trak sambil mempelajari kesan khas dan pengarahan. Kejayaan sulungnya bermula dengan filem fiksyen sains Terminator (1984), yang ditulis dan diarahkan oleh beliau sendiri. Kejayaan filem itu telah mengukuhkan reputasinya sebagai insan yang berpengaruh di Hollywood.

Jam tangan di pergelangan tangan James Cameron
James Cameron

Cameron terus mentakrifkan semula fiksyen sains dan genre aksi dengan filem seperti Aliens (1986), Abyss (1989) dan Terminator 2: Judgement Day (1991), yang mempamerkan kehebatannya menggabungkan penceritaan yang menarik dengan teknologi canggih. Mahakaryanya, Titanic (1997), bukan sahaja menjadi filem dengan kutipan tertinggi pada masa itu, malah memenangi 11 Anugerah Akademi, termasuk Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik. Pembuatan filem Titanic melibatkan penerokaan bangkai kapal sebenar dalam air, seterusnya mengaitkan pembikinan filem Cameron dengan minatnya terhadap lautan. Beliau memakai Rolex Submariner yang sama semasa penyelamannya ke bangkai kapal Titanic seperti yang dipakai semasa menerima Oscar untuk Pengarah Terbaik.

James Cameron

Pada 2009, Cameron sekali lagi menggemparkan pawagam dengan Avatar, sebuah filem dengan visual menakjubkan yang menggunakan teknik tangkapan persembahan tercanggih, lantas membolehkan para pelakon membawa watak makhluk asing dengan penuh emosi. Avatar menjadi filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Tiga tahun kemudian, pembikin filem itu membuat penyelaman solo bersejarah ke Jurang Mariana. Beliau berjaya mengemudi kapal selam DEEPSEA CHALLENGER yang direka bersama oleh beliau pada kedalaman 10,908 meter (35,787 kaki), yang menghasilkan penemuan yang mengejutkan. Semasa menyelam, Cameron ditemani oleh jam tangan Rolex eksperimen, yang memberikan inspirasi terhadap jam tangan Deepsea Challenge. Diperkenalkan pada penghujung tahun 2022, Deepsea Challenge mampu menahan tekanan bawah air yang luar biasa dan mencerminkan kepakaran Rolex dari segi kekalisan air dan usaha mengejar kecemerlangan.

Komitmen Cameron terhadap usaha pemeliharaan lautan dapat dilihat dalam kedua-dua dokumentari dan karya kreatifnya. Filem Avatar kedua, Avatar: The Way of Water (2022), ialah perumpamaan lautan yang membawa cintanya akan laut dan penghuninya ke layar perak. Dengan penayangan Avatar: Fire and Ash (2025), yang merupakan siri ketiga, ruang lingkup alam Avatar diperluas.

James Cameron menjadi Testimoni Rolex pada 2012.

  • slide 1
  • slide 2
  • slide 3
  • slide 4
  • slide 5
  • slide 6
  • slide 7
  • slide 8
  1. Halaman Utama / 
  2. Keluarga Rolex / 
  3. Seni / 
  4. James Cameron
  • Jam tangan dan aksesori Rolex
    • Air-King
    • Cosmograph Daytona
    • Datejust
    • Lady-Datejust
    • Day-Date
    • Explorer
    • Explorer II
    • GMT-Master II
    • Land-Dweller
    • Oyster Perpetual
    • Sea-Dweller
    • Deepsea
    • Sky-Dweller
    • Submariner
    • Yacht-Master
    • Yacht-Master II
    • 1908
    • Jam tangan baharu 2026
    • Cari Rolex anda
    • Konfigurasi Rolex anda
    • Jam tangan lelaki
    • Jam tangan wanita
    • Jam tangan emas
    • Aksesori
  • Kepakaran membuat jam tangan
    • Teras kecemerlangan
    • Di sebalik meterai
    • Anatomi Rolex
  • Oyster Story
    • Filem
    • Pameran
  • Perihal Rolex
    • Kemampanan
    • Di sebalik mahkota
    • Sejarah
  • Sukan, Kesenian dan Planet
    • Rolex dan sukan
    • Planet Abadi
    • Keabadian Seni
    • Keluarga Rolex
  • Pembelian dan penyenggaraan
    • Membeli seutas Rolex
    • Rolex Pernah Milik Sah
    • Menyenggara Rolex anda
    • Penjagaan Rolex anda
    • Lokasi kedai
    • Pengesan Pusat Perkhidmatan
  • Bantuan dan sokongan
    • Soalan lazim
  • Ketercapaian
  • Media
    • Kertas dinding
    • Brosur
    • Panduan pengguna
  • Saluran rasmi
    • YouTube
    • Instagram
    • Threads
    • Facebook
    • LinkedIn
    • X
    • Pinterest
    • Weibo
    • Douyin
    • Line
  • Platform kami
    • Bilik berita
    • Rolex.org
  • Terma penggunaan
  • Notis privasi
  • Kuki
Rolex.org

Temui Inisiatif Abadi kami

Lawati Rolex.org