Kesempurnaan tercapai
Anggun. Berharga. Berprestij. Setiap hari menjadi harapan untuk masa depan.
Tersedia secara eksklusif dengan logam berharga, Oyster Perpetual Day-Date memaparkan tarikh dan hari dalam seminggu yang tertera sepenuhnya melalui dua jendela berasingan. Sejak 1956, jam ini telah menemani tokoh berwawasan, insan berkarisma dan juara yang tetap unggul merentas zaman.
Paparan hari dalam seminggu tersedia dalam 26 bahasa, meliputi sebahagian besar sistem tulisan: Ideogram Latin, Arab, Cyril, Ibrani, Jepun, Cina dan abugida Ge’ez yang digunakan di Tanduk Afrika. Dengan menzahirkan identiti budaya pemakainya, Day-Date menjadi jam tangan peribadi dan sejagat.
Day-Date telah menjadi jam tangan pilihan tokoh lelaki dan wanita unggul melalui pencapaian mereka yang telah mengukir jejak abadi di pentas dunia.
Sejak pelancaran sebagai lambang kejayaan pembuatan jam, Day-Date sentiasa dipertingkat demi mengekalkan martabat sebagai pelopor inovasi.
Ini ialah paparan cakera hari kami yang tidak asing lagi, yang datang secara eksklusif pada jam Day-Date kami. Diperkenalkan pada tahun 1956, ia tersedia dalam 26 bahasa sejak tahun 1973.
Pentas paling berprestij di dunia, penghibur terbaik dan konsert yang paling terkenal - Rolex memberi penghormatan kepada mereka yang memberi inspirasi kepada warisan budaya kami.
Inilah Crownclasp kami. Bagaikan halimunan, ia berpadu sempurna dengan pautan rantai. Dua bilah lipat pengancing ini diperkemas dengan mekanisme kunci tersembunyi, yang dikendalikan menerusi tuil berbentuk mahkota.
Padang menjadi medan pertandingan epik yang menuntut ketepatan, penguasaan dan ketekunan – kualiti yang menjadi teras identiti Rolex.
Ini ialah bezel berjejalur terkenal kami. Ciptaan yang gemilang dari setiap sudut. Diperkenalkan pada Oyster kami pada tahun 1926, ia mengagumkan, pertama sekali kerana reka bentuk asal yang luar biasa, yang membolehkan ia dipasang dengan ketat pada penutup, dengan itu melengkapkan kekalisan air jam tangan ini.