
Crownclasp
Penampilan tersembunyi
Inilah Crownclasp kami. Bagaikan halimunan, ia berpadu sempurna dengan pautan rantai. Dua bilah pelipat pengancing ini diperkemas dengan mekanisme kunci tersembunyi, yang dikendalikan menerusi tuil dalam bentuk mahkota.
Reka bentuk pengancing yang begitu halus ini menambah sentuhan elegan pada rantai President dan Jubilee sambil menjamin bukaan dan penutupan yang kukuh. Dalam kemegahan terselindung ini, tersembunyi prestasi luar biasa. Anda pasti akan terus terpikat dan mendapat ilham daripada reka bentuk pengancing ini.
