Air-King

Menggapai langit

Semangat kebebasan

Amat mudah dikenali dengan permukaan hitam yang bercirikan penanda jam 3, 6 dan 9 jam yang besar serta skala minit yang menonjol, Air‑King meneruskan hubungan lama Rolex dengan penerbangan yang bermula sejak tahun 1930-an. Bukan sekadar sebuah penghormatan, jam tangan yang teguh dan bergaya ini yang menggunakan penutup Oystersteel 40 mm, melambangkan keberanian perintis penerbangan. Jam ini mendorong kita semua untuk melepaskan semangat pengembaraan dan terbang tinggi.

Air-King

Perintis zaman keemasan penerbangan

Tahun 1930-an merupakan satu era apabila kemajuan pesawat yang luar biasa sentiasa mengembangkan kemampuan manusia untuk menakluki langit dan memperkenalkan penerbangan jarak jauh. Beberapa orang juruterbang telah mencipta rekod semasa memakai seutas Oyster. Yang lain pula menggunakan jam tangan Rolex sebagai kronometer di atas kapal terbang.

Sejak tahun 2022, jam tangan ini mempunyai penampilan yang begitu profesional, menampilkan penutup dengan sisi lurus dan pelindung putaran jam.

Penerokaan gunung

Kualiti khas menjadikan jam Rolex ini sangat sesuai untuk tujuan penerbangan dan saya bercadang untuk menggunakan jam tangan ini dalam semua penerbangan jarak jauh saya kelak.

Juruterbang Inggeris Charles Douglas Barnard, tahun 1930-an
Kapal terbang

Lambang dan simbolik

Air‑King bercirikan permukaan hitam tersendiri dengan gabungan angka besar 3, 6 dan 9 yang menandakan jam dan skala minit yang menonjol untuk bacaan masa navigasi. Permukaan mempunyai tulisan nama “Air‑King” yang menjadikan model ini mudah dikenali sejak dilancarkan.

Permukaan hitam tersendiri dengan gabungan angka besar 3, 6 dan 9 yang menandakan jam dan skala minit yang menonjol untuk bacaan masa navigasi.

Dail
  • Air-King
    Temui lagi
  • Air-King
    Temui Lagi