Jam tangan laut dalam

Jam tangan penyelam ekstrem

Rolex Deepsea dan Deepsea Challenge direka khusus untuk mereka yang melampaui sempadan penerokaan dalam air.

Lambang bagi sejarah yang telah lama terjalin antara Rolex dengan penjelajah laut dalam, model Oyster Perpetual Rolex Deepsea dan Oyster Perpetual Deepsea Challenge ialah jam tangan penyelam profesional ultratahan. Model ini kalis air hingga kedalaman 3,900 meter (12,800 kaki) untuk Rolex Deepsea yang dilancarkan pada tahun 2008 dan 11,000 meter (36,090 kaki) untuk Deepsea Challenge, yang diperkenalkan pada 2022.

Rolex Deepsea

Rolex Deepsea

Rolex Deepsea memenuhi keperluan penyelam profesional yang paling mustahak lantaran ketahanan terhadap tekanan, ketepatan dan kebolehpercayaan.

Sistem kalis air
Deepsea Challenge

Deepsea Challenge

Deepsea Challenge ialah jam tangan penyelam yang mempunyai kualiti unik, direka untuk menahan tekanan laut yang amat dalam dan melampaui had yang tidak diketahui.