Rolex Deepsea

Mengatasi tekanan

Ketahanan yang luar biasa walaupun terhadap tekanan yang melampau. Bagi mereka yang berani mengatasi batasan.

Sejak 2008, Oyster Perpetual Rolex Deepsea telah meneruskan sejarah jam tangan Rolex yang direka untuk penerokaan laut dalam. Dilengkapi sistem Ringlock, model ini kalis air hingga 3,900 meter (12,800 kaki) – jauh melebihi julat yang mampu dicapai oleh penyelam skuba.

Rolex Deepsea m136660-0005
Rolex Deepsea m136668lb-0001
Rolex Deepsea m136660-0005
Rolex Deepsea m136668lb-0001
Rolex Deepsea m136660-0005
Rolex Deepsea m136668lb-0001
Rolex Deepsea m136660-0006
Rolex Deepsea m136660-0005
    Pushing one’s own limits

    Mengatasi kemampuan diri

    Sains kekalisan air

    Temui ciri-ciri

    Selanjutnya

    Kekalisan air

    Kekalisan air

    Di Rolex, kekalisan air merupakan bidang kepakaran bersejarah yang tidak merangkumi reka bentuk teknikal semata-mata.

    Temui lebih lanjutTemui lebih lanjut
    Injap lepas helium

    Kekal utuh

    Ini ialah injap lepas helium kami. Dipatenkan pada tahun 1967, injap ini melindungi jam tangan kami yang direka untuk selaman ekstrem. Rolex mencipta injap ini supaya helium yang digunakan untuk menyelam di dalam tangki hiperbarik boleh dilepaskan semasa penyahmampatan.

    Sistem Ringlock

    Tekanan

    Sistem Ringlock kami yang diperkenalkan pada tahun 2008 melengkapkan jam tangan selaman kami yang direka untuk kedalaman yang melampau. Ini ialah struktur penutup yang unik dan dipatenkan yang mampu bertahan daripada tekanan jurang yang amat dalam. Mari kita selami seni bina tiga lapisan sistem ini yang tersendiri.

    Laut dalam di bawah kutub

    Laut Dalam Di Bawah Kutub

    Pada tahun 2010, satu abad selepas penjelajah pertama kali mendakwa telah sampai di Kutub Utara, lapan perintis sempadan ekstrem menyahut cabaran yang sukar, yang dinamakan ‘Laut Dalam Di Bawah Kutub’, sebuah ekspedisi kutub untuk mengkaji bahagian bawah laut Artik.