Mengatasi segala kemungkinan
Satu pencapaian teknikal. Penanda aras dalam kekalisan air dan rintangan tekanan. Jam tangan luar biasa yang membuka ufuk baharu di laut dalam.
Dengan tahap kekalisan air hingga kedalaman 11,000 meter (36,090 kaki), Oyster Perpetual Deepsea Challenge melakar peristiwa baharu dalam penerokaan dasar laut. Diperkenalkan pada tahun 2022, model ini diilhamkan oleh jam tangan eksperimen yang dibawa oleh James Cameron semasa turun ke Jurang Mariana 10 tahun sebelumnya.
Dengan ketahanan terhadap tekanan yang ekstrem, inovasi teknikal dan bahan berteknologi tinggi, Deepsea Challenge mengatasi batasan serta masih memberikan keselesaan yang amat baik.
Temui ciri-ciriMereka ialah penjelajah, saintis, usahawan ataupun rakyat yang komited untuk kebaikan bersama. Mereka meneroka dunia kita untuk mengkaji dan melindungi ekosistem.
Ini ialah injap lepas helium kami. Dipatenkan pada tahun 1967, injap ini melindungi jam tangan kami yang direka untuk selaman ekstrem. Rolex mencipta injap ini supaya helium yang digunakan untuk menyelam di dalam tangki hiperbarik boleh dilepaskan semasa penyahmampatan.
Memperkenalkan Fliplock, salah satu sistem sambungan rantai kami, yang terdiri daripada tiga bilah lipat. Tersembunyi di bawah pengancing, ia dihasilkan khusus untuk rantai Oyster jam tangan menyelam kami, Oyster Perpetual Deepsea Challenge.
Sistem Ringlock kami yang diperkenalkan pada tahun 2008 melengkapkan jam tangan selaman kami yang direka untuk kedalaman yang melampau. Ini ialah struktur penutup yang unik dan dipatenkan yang mampu bertahan daripada tekanan jurang yang amat dalam. Mari kita selami seni bina tiga lapisan sistem ini yang tersendiri.
Selama hampir satu abad, Rolex telah menemani penjelajah dan selama ini telah beralih daripada merintis penemuan semata-mata kepada penerokaan demi melindungi planet ini.
Ini ialah putaran jam pusingan Triplock kami. Ia dilengkapi sistem inovatif yang kami perkenalkan pada tahun 1970 pada jam tangan Sea-Dweller: sebuah "kunci ganda tiga" yang menyediakan tiga zon tertutup.