Menguasai permulaan
Fungsi kira detik yang direka bentuk semula. Keterbacaan yang dioptimumkan. Setiap permulaan memberikan kelebihan yang menjadi penentu.
Diperkenalkan pada tahun 2026, Yacht-Master II generasi baharu direka bentuk untuk membantu pelayar dengan lebih berkesan semasa fasa permulaan perlumbaan yang penting. Kira detik diatur cara dengan mudah menggunakan penekan bawah, manakala baki masa dipaparkan secara lawan arah jam agar bacaan lebih intuitif.
Pengoptimuman Yacht-Master II memerlukan penyelesaian teknikal yang inovatif.
Inilah rupa pegas rambut Parachrom kami. Komponen ini ialah penjaga ketepatan kronometri jam tangan.
Sejak perkongsian pertama Rolex dengan Kelab Kapal Layar New York pada tahun 1958, Rolex telah menyokong pembangunan pelayaran kompetitif melalui perikatan dengan kelab-kelab kapal layar di seluruh dunia.
Mengharungi laut. Dari Lautan Pasifik dan Selat Inggeris ke Laut Celtic, Mediterranean, Laut China dan Atlantik Selatan, Rolex menyokong para pelayar yang menyertai lima perlumbaan luar pesisir utama sukan ini.
Ini ialah rotor Perpetual. Mekanisme automatik Rolex yang membolehkan jam tangan ini sentiasa berpusing oleh pergerakan pergelangan tangan.