Kepakaran membuat jam tangan
Pendekatan unik
Superlative. Bukan sekadar perkataan, tetapi sebuah visi. Satu komitmen.
Komitmen untuk mereka bentuk dan mengeluarkan jam tangan yang lebih dipercayai dan berprestasi tinggi. Terukir pada setiap permukaan, perkataan ini mencerminkan nilai teras kami.
Visi pembuatan jam ini dibina berteraskan tujuh tonggak yang membentuk identiti kami: ketepatan, kalis air, mekanisme automatik, autonomi, rintangan terhadap medan magnet, kebolehpercayaan dan kemampanan.
Tujuh tonggak yang mendorong kami agar mengatasi piawaian dan menolak sempadan. Tujuh tonggak yang menemani setiap pemakai, di mana-mana sahaja mereka berada. Tujuh tonggak yang diperkasakan, yang menjadikan Rolex unik dalam dunia pembuatan jam.
Tujuh tonggak, satu visi
01
Ketepatan
Jam tangan kami dijamin tepat dalam julat -2/+2 saat sehari, iaitu mengatasi piawaian industri pembuatan jam.
02
Kekalisan air
Sejak penutup Oyster kalis air pertama Rolex dicipta pada tahun 1926, kami terus menolak batasan kekalisan air.
03
Mekanisme automatik
Mekanisme automatik dalam jam tangan kami direka untuk menangkap tenaga si pemakai, tanpa mengira variasi aktiviti.
04
Autonomi
Setiap perincian mekanisme dalam jam tangan Rolex direka untuk memaksimumkan rizab kuasa yang memastikan autonomi hingga 72 jam.
04
Rintangan terhadap medan magnet
Jam tangan kami direka untuk memastikan prestasi yang stabil dan tepat apabila terdedah kepada daya magnet setiap hari.
06
Kebolehpercayaan
Kami memberikan jaminan lima tahun untuk semua jam tangan kami dan mengesyorkan penyenggaraan hanya setiap sepuluh tahun.
07
Ketahanan
Jam tangan kami direka bentuk untuk bertahan dengan peredaran masa dan diwariskan dari generasi ke generasi. Setiap jam tangan merupakan hasil daripada proses pengeluaran yang semakin bertanggungjawab.
Buatan Switzerland
Rolex mencipta, membuat, memasang dan menguji semua jam tangan secara eksklusif di Switzerland bersandarkan pengetahuan dan komitmen lebih 9,000 pekerja di tapak jenama ini, semuanya mengikut kemajuan teknologi terkini.
Dari Acacias, ibu pejabat dunia di Geneva, tempat jam tangan dibangunkan dan dipasang, ke Bienne, tempat gerakan dihasilkan; dari Plan-les-Ouates tempat penutup dan rantai jam tangan dihasilkan, ke Chêne-Bourg tempat permukaan, bezel Cerachrom dan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik dibuat dan tempat ahli gemologi dan pakar penetapan permata jenama berada, peralatan berteknologi tinggi yang canggih mencerminkan keistimewaan Rolex. Tapak kelima sedang dalam pembinaan di Bulle di negeri Fribourg, Switzerland.
Dengan mengawal sendiri setiap peringkat pengeluaran, Rolex telah membuat pilihan yang strategik, berani dan berpandangan jauh. Jenama ini memiliki infrastruktur pengeluaran terunggul yang menyatukan tenaga mahir terbaik dengan teknologi terkini. Rolex mampu mengungkapkan kreativiti dan semangat inovasi mengikut standard kecemerlangannya sendiri secara bebas. Setiap jam tangan Rolex dicipta mengikut kriteria pengeluaran terbaik. Setiap unsur dibangunkan, dihasilkan dan diperiksa dengan ketelitian secara berterusan yang begitu terperinci.
Anatomi Rolex
Segala-galanya yang anda ingin tahu tentang jam tangan Rolex
Visi kami
Sejak ditubuhkan pada tahun 1905, Rolex memulakan satu usaha yang melibatkan kemahiran ramai orang dan banyak kerja yang sukar, hari demi hari, tahun demi tahun.
Mohor hijau
Lambang kesempurnaan
Lambang keunikan kami
Kehebatan inovasi pembuatan jam Rolex tidak dapat disangkal lagi. Cetakan perkataan baharu pada setiap permukaan jam tangan sahaja sudah dapat membuktikan visi jenama ini yang unik.