Kecemerlangan yang jitu
Saiz kecil, prestasi luar biasa. Bagi mereka yang percaya bahawa keanggunan dan kecemerlangan boleh bergerak seiringan.
Oyster Perpetual Lady-Datejust tidak mengikuti konvensyen sejak 1957. Dengan penutup yang pada masa ini berukuran 28 mm, model ini menjadi jam tangan terkecil Rolex yang mempunyai tetingkap tarikh. Dihargai oleh wanita paling berani, ia terus digarap semula, menggabungkan keanggunan dan prestasi kronometri.
Lady-Datejust melambangkan cabaran yang sentiasa berkembang untuk mereka bentuk kaliber yang menggabungkan prestasi tinggi dengan saiz yang kecil. Standard teknikal ini dipadankan dengan rangkaian bezel dan rantai serta pilihan permukaan yang luas.
Temui ciri-ciriIni ialah satu daripada permukaan berturapkan berlian kami. Dihasilkan melalui teknik set manik, setiap permata dipilih dan diperiksa dengan cermat.
Menerusi program bimbingan Rolex, Rolex komited untuk menginspirasikan penyampaian dari generasi ke generasi dan menggalakkan dialog antara budaya global.
Ini ialah emas Everose, aloi emas merah jambu 18 karat eksklusif kami dengan warna yang unik. Diperkenalkan pada tahun 2005, ia mempunyai kilauan dan daya ketahanan yang luar biasa. Dibangunkan oleh pakar kami, ia mengandungi sekurang-kurangnya 75% emas, 20% tembaga, serta paladium dan indium.
Rolex menyokong kecemerlangan seni dan membantu penyampaian pengetahuan kepada generasi akan datang, memberikan sumbangan yang berkekalan kepada budaya di seluruh dunia.
Inilah Crownclasp kami. Bagaikan halimunan, ia berpadu sempurna dengan pautan rantai. Dua bilah lipat pengancing ini diperkemas dengan mekanisme kunci tersembunyi, yang dikendalikan menerusi tuil berbentuk mahkota.
Ini ialah Pegas rambut Syloxi kami. Dibuat daripada silikon dan diperkenalkan pada tahun 2014 pada kaliber 2236, ia dihasilkan sepenuhnya di dalam kilang kami.