Di Rolex, kami suka soalan. Setiap satu soalan ialah cabaran yang merangsang daya cipta kami, menggalakkan kami untuk mengatasi keupayaan diri dan membuka perspektif baharu.
Setiap soalan memerlukan kami mengambil masa yang diperlukan untuk mencapai penyelesaian yang paling sesuai. Oleh itu, setiap bahagian jam tangan kami boleh disamakan dengan jumlah soalan tertentu dan jawapan masing-masing. Di sini, anda akan menemukan beberapa soalan yang telah kami tanyakan kepada diri sendiri dan cara kami menyelesaikan soalan. Persoalan ini memantapkan kepakaran kami dan usaha mengejar kecemerlangan tanpa henti yang telah menjadi inti pati jenama Rolex sejak ditubuhkan. Tetapi perlu diingat. Kami mendapati bahawa setiap jawapan ini menimbulkan persoalan baharu. Kenapa? Kerana tidak kira seberapa jauh seseorang itu pergi, sentiasa terdapat cabaran baharu untuk dihadapi dan batasan baharu untuk diatasi. Begitu banyak sehingga tidak boleh dipersoalkan lagi.