Rolex amat komited terhadap seni, menyokong acara besar, institusi terkemuka dan artis terkenal dunia. Oleh itu, jenama ini giat memperkaya kehidupan berbudaya bersama-sama insan yang mengilhami penonton di seluruh dunia menerusi minat, bakat dan pencapaian mereka.
Sejak 1976, Rolex telah menjalinkan kerjasama erat dengan tokoh berwawasan dalam bidang seni, berdasarkan komitmen mereka terhadap standard kreativiti dan prestasi yang tertinggi.
Melalui perkongsian yang kian berkembang dengan artis berbakat dan institusi terkemuka, Rolex berhasrat untuk meraikan dan menyokong insan yang menerajui disiplin mereka, memartabatkan legasi budaya dan memupuk bakat baharu.