Setiap Januari, Pesta Muzik Cartagena mengubah Cartagena de Indias, Colombia yang diiktiraf sebagai bandar Tapak Warisan Dunia UNESCO, menjadi pentas selama sembilan hari yang menampilkan muzik klasik, pendidikan dan pertukaran budaya.
Sejak 2020, Rolex menyokong Pesta Muzik Cartagena menerusi Inisiatif Keabadian Seni yang mencerminkan komitmen bersama terhadap kecemerlangan seni dan penyampaian warisan muzik.
Setiap Januari, pesta ini berlangsung di teater, gereja, dataran dan kubu pertahanan bersejarah di Cartagena de Indias. Persembahan, kelas pakar, bengkel dan acara awam menghidupkan kota ini yang menyatukan muzik serta seni bina dalam latar budaya yang unik.
Setiap edisi dibentuk oleh tema utama yang menerokai hubungan antara tradisi muzik klasik Eropah dengan warisan muzik Colombia serta Amerika Latin yang kaya.
Pesta Muzik Cartagena pertama kali diadakan pada 2007. Sejak itu, pesta ini menjadi antara wadah utama muzik klasik di rantau ini. Diiktiraf sebagai Patrimonio Cultural de la Nación pada 2023, pesta ini terus mengukuhkan hubungan antara Colombia dengan beberapa institusi muzik terkemuka Eropah melalui kerjasama seni, program pendidikan dan pertukaran budaya.
Muzik ialah sumber emosi sejagat yang merentasi sempadan, budaya dan generasi.
Temui lebih lanjut