Rolex didorong oleh tradisi pertukangan, komitmen terhadap inovasi dan usaha mengejar kecemerlangan. Kualiti ini dicerminkan melalui sokongan Rolex terhadap seni bina yang amat mempengaruhi pengalaman kita tentang ruang awam dan ruang peribadi. Bangunan yang direka bentuk dengan baik mampu mewujudkan hubungan emosi antara individu dengan komuniti.
Rolex menyokong seni bina melalui Inisiatif Keabadian Seni yang merangkumi banyak institusi kebudayaan dan artis terkemuka sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang terhadap budaya global. Rolex turut memperjuangkan penyampaian ilmu kepada generasi akan datang melalui pelbagai program pendidikan.