Pemain selo, Anouchka Hack, membuat persembahan di pentas semasa peringkat separuh akhir Pertandingan Ratu Elisabeth

Pertandingan Ratu Elisabeth

Pertandingan Ratu Elisabeth merupakan antara pertandingan muzik antarabangsa paling berprestij di dunia yang diadakan pada setiap bulan Mei di Brussels.

Rakan Kongsi Rasmi sejak 1996
Penyanyi soprano membuat persembahan bersama orkestra pada Pertandingan Ratu Elisabeth

Komitmen terhadap pemuzik muda

Rolex telah menyokong Pertandingan Ratu Elisabeth sejak tahun 1996 melalui Inisiatif Keabadian Seni sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang Rolex untuk memupuk bakat muzik baharu.

Pertandingan ini diadakan secara bergilir-gilir dalam empat disiplin, iaitu biola, piano, suara dan selo. Format pertandingan ini adalah antara yang paling mencabar dalam muzik klasik, dengan kemuncak tempoh pengasingan selama seminggu di Gereja Muzik Ratu Elisabeth. Di situ, para finalis membuat persediaan dan menghafal karya yang baru digubah khas sebelum dipersembahkan buat kali pertama di Pusat Seni Halus di Brussels. Cabaran unik ini menguji keseimbangan penguasaan teknikal, kematangan seni dan kecekalan.

Orkestra sedang beraksi dengan tumpuan diberikan kepada pemain piano

Tahap persembahan yang luar biasa

Sejak diasaskan pada tahun 1937, Pertandingan ini menjadi batu loncatan bagi pemuzik muda yang menceburi kerjaya antarabangsa untuk mencungkil artis yang serba lengkap melalui proses pemilihan yang ketat, barisan juri yang berprestij dan tahap persembahan yang luar biasa. Dikenali sebagai satu daripada acara antarabangsa tersohor bagi pemuzik klasik, acara ini kini dianjurkan di bawah Naungan Diraja Ratu Mathilde dari Belgium.

Selain hadiah, Pertandingan ini menyokong para pemenang secara aktif dengan menganjurkan konsert dan kegiatan profesional yang membantu mereka membina kerjaya pada peringkat antarabangsa.

Pertandingan Ratu Elisabeth merupakan ahli pengasas Persekutuan Dunia bagi Pertandingan Muzik Antarabangsa.

Rolex dan muzik

Muzik ialah sumber emosi sejagat yang merentasi sempadan, budaya dan generasi.

Temui lebih lanjut