Beberapa pemuzik dan penari terhebat di dunia berkumpul di tepi Tasik Geneva untuk meraikan seni persembahan.
Rencontres Musicales d'Évian telah diwujudkan pada tahun 1976, sebuah projek muzikal bercita-cita tinggi yang berteraskan kecemerlangan dan kreativiti.
Pengarah Artistik, pemain biola dan konduktor pesta itu, Renaud Capuçon berwarga Perancis, yang merupakan Testimoni Rolex sejak tahun 2025, telah menghimpunkan pelbagai personaliti, institusi dan kepakaran untuk mencipta aneka tawaran artistik. Sejak memegang jawatannya pada tahun 2023, Capuçon telah membentuk pesta ini berdasarkan satu daripada keyakinan asas: pertemuan generasi. Setiap edisi pesta tahunan ini dibina berdasarkan tema atau komposer utama yang diselami oleh orkestra terkemuka Eropah, pemain solo terkemuka, artis lain dan bakat baharu dalam suasana yang menggalakkan pertukaran artistik.
Antara Testimoni Rolex yang pernah tampil di Rencontres Musicales d’Évian sebelum ini termasuklah Jonas Kaufmann, Hélène Grimaud, Sonya Yoncheva, Benjamin Bernheim dan Gustavo Dudamel. Pada tahun 2026, konduktor Yannick Nézet-Séguin dan pemain piano, Yuja Wang, membuat persembahan pada pesta tersebut, bersama Renaud Capuçon.
Pesta ini mempunyai dua daripada tempat konsert yang amat unik dan terkenal. La Grange au Lac dan La Source Vive merupakan permata seni bina yang terletak di Évian yang menawarkan ruang istimewa untuk para seniman berkembang maju dan untuk penonton menikmati pengalaman tersebut.
La Grange, dengan bahagian dalaman yang diperbuat daripada kayu mentah yang diterangi candelier Murano dan cangkerang aluminium di bawah siling, yang dikatakan bergema seperti bahagian dalam selo, dan juga La Source Vive, merupakan auditorium yang unik. Setiap dewan menawarkan pengalaman yang luar biasa untuk penghibur dan penonton.