Kepakaran membuat jam tangan
Oyster Story
Perihal Rolex
Pilih
rantau lain
ROLEX DEEPSEA DAN DEEPSEA CHALLENGE
Perjalanan ke lautan dalamOyster Perpetual Rolex Deepsea dan Deepsea Challenge melambangkan ikatan erat antara Rolex dengan para peneroka jurang laut serta direka khusus sebagai jam tangan penyelam ekstrem. Setiap model memenuhi piawaian tertinggi dari segi ketahanan, ketepatan dan kebolehpercayaan.
Pada tahun tersebut, ahli oseanografi Switzerland, Jacques Piccard, dan Leftenan Tentera Laut Amerika Syarikat, Don Walsh, mencatat rekod selaman apabila mencapai kedalaman 10,916 meter (35,814 kaki) di bawah permukaan Lautan Pasifik di dasar Jurang Mariana. Di bahagian luar batiskaf mereka, Trieste, dilekatkan jam tangan eksperimen: Rolex Deep Sea Special. Jam ini menahan tekanan yang amat kuat pada kedalaman ini tanpa mengalami sebarang kerosakan. Penyelaman bersejarah ini menyingkap sekilas pandang dunia dasar lautan paling dalam yang tidak pernah diterokai sebelum ini.
Injap lepas helium diperkenalkan pada Sea-Dweller. Reka bentuk untuk selaman tepu berperanan sebagai injap keselamatan. Semasa proses penyahmampatan, sistem pintar ini aktif secara automatik untuk melepaskan lebihan helium yang terkumpul dalam penutup jam bagi mengurangkan tekanan dalaman dan mengekalkan keutuhan jam tangan. Inovasi berpaten ini kini terdapat pada semua jam tangan penyelam laut dalam Rolex.
Perkongsian antara Rolex dengan Comex (Compagnie Maritime d’Expertises) dirasmikan apabila para penyelamnya dilengkapi jam tangan Profesional. Syarikat Perancis yang berpusat di Marseille ini pakar dalam bidang kejuruteraan bawah air. Syarikat ini menjalankan eksperimen saintifik bagi membangunkan teknologi baharu yang dapat dimanfaatkan dalam operasi luar pesisir. Perkongsian ini membolehkan pembangunan ruang hiperbarik untuk menguji kekalisan air jam tangan Rolex dalam proses Superlative Control.
David Doubilet menyertai keluarga Testimoni Rolex. Beliau terkenal dengan sumbangannya dalam fotografi bawah air dan merupakan antara jurugambar National Geographic yang paling kerap diterbitkan karyanya. Fotograf beliau merakam keindahan dan kerapuhan dunia akuatik serta mampu menimbulkan kesedaran awam terhadap pemuliharaan lautan.
Dedikasi dan karyanya meraih pelbagai anugerah. David Doubilet membeli Rolex pertamanya ketika berusia 16 tahun dan kini memakai Rolex Deepsea.
Temui lebih lanjutKetika diperkenalkan, Rolex Deepsea menjadi jam tangan Rolex pertama yang dilengkapi sistem Ringlock. Seni bina inovatif pada penutup ini meningkatkan ketahanan jam terhadap tekanan dalam air. Malah, tahap kekalisan air bertambah hingga 3,900 meter (12,800 kaki) bagi Rolex Deepsea dan 11,000 meter (36,090 kaki) bagi Deepsea Challenge.
Testimoni Ghislain Bardout dan Emmanuelle Périé-Bardout memulakan ekspedisi Laut Dalam Di Bawah Kutub oleh Rolex yang pertama. Misi mereka tertumpu pada penerokaan di bawah ais laut dan berkongsi penemuan itu kepada dunia. Selepas 45 hari jauh di utara Kanada, Emmanuelle Périé-Bardout berkongsi bahawa hanya jam tangan Rolex Deepsea yang terus berfungsi sepanjang ekspedisi itu.
Rolex terlibat dalam ekspedisi DEEPSEA CHALLENGE yang dilakukan oleh pembuat filem dan peneroka, James Cameron. Pada 26 Mac, beliau menuruni permukaan Lautan Pasifik di dalam kapal selam kecil hingga 10,908 meter (35,787 kaki) sebelum sampai di dasar Jurang Mariana. Jam tangan eksperimen Rolex Deepsea Challenge dipasang pada bahagian luar batiskaf dan dibangunkan dalam masa yang singkat hasil kepakaran Rolex dalam jam tangan penyelam. Reka bentuk Rolex Deepsea menjadi rujukan utama jam tangan ini. Pada kedalaman hampir 11,000 meter (36,090 kaki), gegelung mampat sistem Ringlock menanggung tekanan yang bersamaan lebih 14 tan.
Temui lebih lanjutRolex Deepsea hadir dengan permukaan biru D baharu, kecerunan warna dari biru gelap hingga hitam pekat yang membangkitkan suasana zon senja laut dalam, iaitu tempat ekor cahaya dari permukaan menghilang lalu diselubungi kegelapan. Permukaan ini diilhamkan daripada ekspedisi DEEPSEA CHALLENGE yang disokong oleh Rolex dan National Geographic Society apabila James Cameron berjaya menjejak titik lautan yang paling dalam.
Sebagai penghormatan kepada perkongsian ini, tulisan “DEEPSEA” pada permukaan berwarna hijau muda, sama seperti kapal selam kecil milik James Cameron.
Deepsea Challenge diperkenalkan oleh Rolex sebagai evolusi kepada model eksperimen yang diuji oleh James Cameron pada 2012. Deepsea Challenge yang kalis air hingga 11,000 meter (36,090 kaki) diperbuat daripada RLX titanium dan direka untuk meneroka kedalaman lautan yang masih belum diketahui. Bagi memperingati dua penyelaman bersejarah di Jurang Mariana, jam ini diukir dengan tulisan ‘Mariana Trench’ berserta tarikh ‘23-01-1960’ dan ‘26-03-2012’ pada bahagian belakang penutup.
Rolex memperkenalkan versi Rolex Deepsea dalam emas kuning 18 karat buat kali pertama dan dilengkapi sisipan bezel Cerachrom bersenggat 60 minit dalam seramik biru serta permukaan lakuer biru dengan perkataan 'DEEPSEA' dalam warna kuning serbuk. Versi baharu ini turut menggabungkan inovasi teknikal: gegelung mampat berprestasi tinggi dalam sistem Ringlock juga diperbuat daripada seramik berteknologi tinggi.