
Injap lepas helium
Kekal utuh
Ini ialah injap lepas helium kami. Dipatenkan pada tahun 1967, injap ini melindungi jam tangan kami yang direka untuk selaman ekstrem. Rolex mencipta injap ini supaya helium yang digunakan untuk menyelam di dalam tangki hiperbarik boleh dilepaskan semasa penyahmampatan.
Injap tercetus secara sistematik apabila tekanan di dalam penutup jam terlalu tinggi. Oleh itu, kekedapan udara jam tangan tidak akan terjejas. Helium ialah gas adi yang sangat diperlukan oleh manusia semasa selaman tepu, tetapi gas ini bersifat mengganggu. Atom helium mampu menembusi apa-apa bahan. Malah, penutup jam tangan juga dapat ditembusi, tidak kira betapa kuat kekedapan udara. Jika hal ini tidak ditangani dengan pantas semasa naik ke permukaan, tekanan dalaman boleh menyebabkan kaca retak, lantas menjejaskan keutuhan penutup dan mempengaruhi prestasi gerakan. Itulah sebabnya kami mencipta sistem kawal selia kendiri ini yang kini terdiri daripada silinder kedap udara, omboh, sendal dan pegas. Kerana bagi kami, apabila bercakap tentang kedalaman, kejayaan sebenar bukan hanya terletak pada selaman, tetapi naik ke permukaan juga.
