CHI Geneva yang dikenali secara rasmi sebagai Concours Hippique International de Genève dan merupakan sebahagian daripada Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex menghimpunkan barisan penunggang serta kuda elit yang luar biasa untuk aksi yang memukau selama lima hari.
Penaja Pembawaan sejak 1996
Suasana yang mengujakan di arena tertutup
Rolex telah menjadi Penaja Utama CHI Geneva selama 30 tahun. Antara acara kemuncak ialah Peringkat Akhir 10 Teratas IJRC Rolex pada malam Jumaat. Rolex telah menjadi Penaja Perdana sejak diperkenalkan pada 2001, diikuti dengan acara paling penting dan penutup musim, iaitu Grand Prix Rolex pada hari Ahad. Sebagai satu daripada acara ekuestrian tertutup yang paling berprestij di dunia, kejohanan ini terkenal dengan cabaran teknikal yang tinggi, suasana yang penuh keterujaan serta peranan penting dalam Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex.
Pada 2014, Testimoni Rolex, Scott Brash, memenangi kedua-dua Peringkat Akhir 10 Teratas IJRC Rolex dan Grand Prix Rolex di Geneva. Kemenangan tersebut merupakan yang pertama daripada tiga kemenangan Grand Prix berturut-turut dalam Kejohanan Utama. Pada tahun berikutnya, beliau menjuarari Pesta Ekuestrian Dunia dan Spruce Meadows, sekali gus menjadi penunggang pertama yang berjaya menamatkan cabaran terhebat dalam sukan ini, iaitu Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex.
Menutup musim dengan bergaya
Ditubuhkan pada 1926, CHI Geneva telah berkembang sepanjang satu abad sehingga menjadi penanda aras bagi sukan ekuestrian tertutup. Ketahanan sedemikian disertai dengan usaha berterusan ke arah penyempurnaan yang membina reputasi acara ini sebagai pertandingan berintegriti dan penganjuran yang cemerlang. Hal ini terbukti apabila acara ini dipilih sebagai pertunjukan lompat kuda tertutup yang terbaik sebanyak 10 kali. Selama beberapa dekad, acara Geneva telah membentuk litar tertutup moden dengan mengimbangi penghormatan terhadap tradisi serta komitmen yang teguh terhadap persaingan bertaraf elit.
Diadakan di arena Palexpo, CHI Geneva diiktiraf secara meluas sebagai antara pertandingan ekuestrian tertutup yang paling mencabar. Laluan yang mencabar, astaka besar yang penuh dan suasana yang mendebarkan menuntut ketepatan, ketenangan serta kawalan yang luar biasa. Semua ini menjadikan pertandingan tersebut sebagai medan ujian penentu bagi para penunggang dan kuda terkemuka dunia.
Saya berumur 16 tahun semasa kali pertama menunggang kuda di CHI Geneva. Saya suka pertunjukan itu, sokongan hadirin pula cukup meriah. Itulah minggu paling manis setiap tahun.