

Ketahanan yang unggul
Kronograf dengan reka bentuk simbolik. Jam tangan legenda dengan prestasi superlatif.
Dilancarkan pada 1963, status Oyster Perpetual Cosmograph Daytona telah utuh dalam dunia pembuatan jam, lantas menjadi satu ikon. Sebagai simbol ketahanan dan kecekalan, jam tangan ini sentiasa dipertingkatkan selama bertahun-tahun agar kekal teguh dan dipercayai bagi menemani insan berani yang mencipta permulaan baharu dan mengharungi cabaran.


Pemandu yang luar biasa
Cosmograph Daytona melambangkan ikatan kukuh yang telah menyatukan Rolex, dunia sukan permotoran dan barisan pemandu tersohor dalam sejarah selama hampir satu abad.

Jamie Chadwick 
Sir Jackie Stewart 
Jenson Button 
Tom Kristensen 
Mark Webber
Kecemerlangan mekanik
Cosmograph Daytona ialah lambang kepakaran Rolex dan menonjol kerana ketepatan kronometri serta kebolehpercayaan yang tiada tandingan.
Selanjutnya

Ke Garisan. Sedia. Mula.
Ini kronograf ikonik kami. Ia membolehkan selang masa diukur dengan kebolehpercayaan mutlak. dengan fungsi mula dan henti yang semerta. MULA. Kejituan sempurna. HENTI. Tanpa teragak-agak. SET SEMULA.

Melangkaui pandangan
Ini ialah penutup belakang jernih kami. Kini, bahagian belakang ini digunakan pada jam tangan Land-Dweller dan 1908 kami serta versi terpilih Cosmograph Daytona dalam platinum 950.

Kelajuan berdasarkan pergerakan
Ini ialah skala takimetri kami, yang diperkenalkan pada Cosmograph Daytona dalam tahun 1963. Terterap dalam bezel, sama ada diperbuat daripada logam berharga atau dalam seramik berteknologi tinggi, ia mengenal pasti model ikonik ini dengan sepintas lalu.

Ketahanan
Perlumbaan ketahanan telah menjadi satu daripada cabaran automotif yang unggul. Saban tahun, arena ini mencerminkan kemajuan teknikal pada waktu tersebut.

Inti pati sejarah
Rolex ialah rakan kongsi Goodwood Revival, Pebble Beach Concours d’Elegance® dan Pebble Beach Tour d’Elegance® oleh Rolex, Rolex Monterey Motorsports Reunion dan The Quail, Perhimpunan Sukan Permotoran.











