Datejust

Tarikh yang terpahat

Sebuah lambang keanggunan. Ikon pembuatan jam tangan, sentiasa digarap semula. Jendela dunia yang penuh dengan segala kemungkinan.

Dikeluarkan pada tahun 1945, Oyster Perpetual Datejust memaparkan tarikh pada permukaan menerusi tingkap pada pukul 3. Satu peringatan tersirat bahawa setiap 24 jam merupakan peluang untuk memahat tarikh yang tidak dapat dilupakan.

Satu pencapaian moden

Semasa pelancaran, Datejust memenuhi permintaan dunia moden yang rentak kehidupan seolah-olah semakin pantas. Seiring dengan rentak kehidupan sosial dan profesional kita yang semakin pantas, jam tangan ini menonjol sebagai alat praktikal dan teman berharga dalam kehidupan seharian.

Datejust m126231-0017
Datejust m126334-0021
Datejust m126334-0033
Datejust m278243-0027
Datejust m126334-0001
Datejust m126334-0028
Datejust m126231-0017
Bezel bertatahkan permata Datejust
Datejust m126331-0001
Datejust m278288rbr-0041
Datejust m278275-0019
Datejust m126334-0028
    Perpetual light

    Meraikan detik yang tidak dapat dilupakan

    Ikon pembuatan jam tangan

    Temui ciri-ciri

    Selanjutnya

    Rolex dan muzik

    Rolex dan muzik

    Pentas paling berprestij di dunia, penghibur terbaik dan konsert yang paling terkenal - Rolex memberi penghormatan kepada mereka yang memberi inspirasi kepada warisan budaya kami.

    Temui lebih lanjutTemui lebih lanjut
    Bezel berjejalur

    Keindahan yang tiada bandingan

    Ini ialah bezel berjejalur terkenal kami. Ciptaan yang gemilang dari setiap sudut. Diperkenalkan pada Oyster kami pada tahun 1926, ia mengagumkan, pertama sekali kerana reka bentuk asal yang luar biasa, yang membolehkan ia dipasang dengan ketat pada penutup, dengan itu melengkapkan kekalisan air jam tangan ini. 

    Teknologi PVD

    Serakan rona

    Ini ialah satu daripada permukaan kemasan jejarian kami. Warna permukaan terhasil daripada teknik yang dikenali sebagai pemendapan wap fizikal, atau PVD.

    Terbuka Australia

    Terbuka Australia

    Tarikh pertama pada kalendar Grand Slam®. Terbuka Australia dimainkan pada bulan Januari di gelanggang keras Melbourne Park dengan menampilkan corak permainan yang hebat dan pantas.