Iga

Sebagai pemain tenis Poland perintis, Iga Świątek telah mempamerkan prestasinya dalam sukan ini dengan pantas menerusi persembahan yang hebat dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi.

Iga Świątek bermain

Selepas memenangi Grand Slam [di Roland-Garros], keadaan banyak berubah, jadi saya perlu kekal tenang dan fokus pada matlamat. Kejohanan ini [Terbuka Amerika Syarikat] sungguh mencabar. Di New York, begitu meriah dan gamat. Saya amat bangga kerana saya mampu mengawal mental.

Iga Świątek

Trofi Roland-Garros Iga Świątek

Mengatasi halangan

Kerjaya Iga Świątek diwarnai dengan pencapaian luar biasa pada usia muda.

Pada 2020, beliau berjaya di Roland-Garros apabila menjadi pemain Poland pertama yang memenangi gelaran perseorangan Grand Slam®. Gaya permainannya yang dinamik dan kepintaran strategi telah mendapat pujian antarabangsa.

Kemenangan Iga Świątek

Daripada bakat baharu kepada mengungguli kedudukan dunia

Dalam menuju kejayaan, Iga Świątek memulakan perjalanan tenisnya di ibu negara Poland, Warsaw, apabila bakat awalnya begitu menyerlah.

Beliau menggemparkan litar remaja pada 2018 apabila merebut gelaran perseorangan remaja Wimbledon, johan beregu wanita remaja di Roland-Garros dan menggondol emas kategori beregu di Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires. Peralihannya ke arena profesional berjalan lancar, diserlahkan dengan kemenangan bersejarah di Roland-Garros dua tahun kemudian apabila menjadi juara perseorangan termuda sejak 2005.

Świątek telah memenangi pelbagai gelaran perseorangan Grand Slam®, menjuarai Roland-Garros lagi pada 2022, 2023 dan 2024 serta Terbuka Amerika Syarikat pada 2022 dan Kejohanan Wimbledon pada 2025. Beliau adalah antara pemain, lelaki dan wanita, yang telah memenangi gelaran perseorangan Grand Slam® di ketiga-tiga jenis gelanggang – tanah liat, keras dan rumput.

Gaya yang hebat dan kekuatan mental telah menjadi kunci kejayaannya untuk mengukuhkan kedudukan tertinggi tenis wanita.

Iga Świątek menjadi Testimoni Rolex pada tahun 2021.

Iga Świątek