Cabaran menuju kecemerlangan
Jam tangan baharu 2023
Dengan ciptaan terbaru, Rolex mempamerkan usaha berterusan untuk memburu kecemerlangan.
Cabaran yang dihadapi diterjemahkan menerusi cita-cita jenama untuk menyempurnakan setiap komponen, mencerakinkan setiap kaedah dan menguasai setiap aspek kepakaran pembuatan jam. Jam tangan baharu Rolex yang diperkenalkan pada tahun 2023 menggambarkan hasrat untuk membuat garapan baharu di samping mengekalkan kesinambungan rasa, untuk berinovasi sambil menerapkan tradisi, dan memanfaatkan teknologi. Jam tangan terunggul hanya terhasil melalui penetapan kriteria yang ketat. Jam tangan yang menjadi ikon seiring dengan peredaran masa.