Bukan sekadar warna, malah menimbulkan kesan. Oyster Perpetual Day-Date 40 diperkenalkan dalam Gold Jubilee 18 karat, aloi serba baharu yang memancarkan kilauan lembut.
Prestij jam tangan ini dipertingkatkan lagi dengan pilihan aventurin hijau muda untuk permukaan apabila rona tersebut menyempurnakan sepuhan emas pada penutup dan rantai.
Dicipta, dibangunkan dan dihasilkan di bengkel sendiri, Gold Jubilee 18 karat menggambarkan keupayaan Rolex dari segi inovasi dan penguasaan teknikal dalam bidang logam berharga. Kepakaran ini membolehkan Rolex menjamin bahan berkualiti tinggi dan warna yang konsisten sepenuhnya merentas semua komponen penutup dan rantai. Rolex menggunakan emas 18 karat secara eksklusif, iaitu sejenis aloi mewah yang terdiri daripada 750‰ (perseribu) emas tulen, ditambah dengan campuran tepat logam yang berbeza. Mengikut perkadaran tembaga dan unsur tambahan yang lain, pelbagai jenis emas dapat diperoleh. Jenis emas ini termasuk emas kuning, emas putih dan dua aloi yang dibangunkan oleh Rolex dan eksklusif untuk jenama ini: Gold Jubilee dan emas Everose.
Dengan jam tangan baharu, Rolex meraikan pencapaian selama satu abad dan membentuk nuansa pembuatan jam tangan masa hadapan.