Tiga kriteria ujian tambahan
Pensijilan Superlative Chronometer baharu
Pada tahun 2026, Rolex menerima pakai pensijilan Superlative Chronometer yang lebih tepat, seperti biasa, berlambangkan mohor hijau.
Pada tahun 2026, Rolex meneguhkan komitmen kepada pemakai jam tangan jenama itu dengan mengukuhkan pensijilan Superlative Chronometer. Tiga kriteria ujian baharu tambahan – rintangan terhadap kemagnetan, kebolehpercayaan dan kemampanan – kini dilaksanakan semasa peringkat reka bentuk dan pembuatan setiap jam tangan. Kriteria ini ditambahkan apabila pensijilan ditakrifkan semula pada tahun 2015, yang mengawal ketepatan, kekalisan air, automasi dan autonomi (rizab kuasa), yang disahkan semasa ujian yang dijalankan pada jam tangan yang telah siap.
Pensijilan Superlative Chronometer dikawal ketat oleh entiti Switzerland bebas yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Berlambangkan oleh mohor hijau, pensijilan ini adalah berdasarkan tujuh tonggak kecemerlangan pembuatan jam tangan dan menjamin prestasi cemerlang pada pergelangan tangan untuk setiap jam tangan Rolex.