Ditawarkan dalam emas 18 karat, Oyster Perpetual 28 dan Oyster Perpetual 34 mempamerkan ekspresi logam berharga yang halus dan sederhana ini.
Oyster Perpetual 28 diperbuat daripada emas kuning 18 karat dan menampilkan permukaan lakuer green stone, manakala Oyster Perpetual 34 terdapat dalam emas Everose 18 karat dengan permukaan lakuer blue stone. Penanda jam pada pukul 3, 6 dan 9 diperbuat daripada batu semula jadi, yang pertama untuk Rolex.
Penutup dan rantai pada versi baharu Oyster Perpetual 28 dan Oyster Perpetual 34 diperbuat terutamanya daripada kemasan satin. Ciri estetika model dalam koleksi Oyster Perpetual semasa ini menghasilkan kilauan bertekstur lembut pada permukaan. Ini merupakan kali pertama kemasan satin digunakan pada jam tangan yang diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga. Bezel kubah, dengan kemasan terakhir digilap, berkilauan indah.