GMT-Master II

Menjaga hubungan masa

Jadikan dunia dekat di pergelangan tangan

Sebagai pengganti kepada model yang diperkenalkan pada tahun 1955 dan digunakan oleh para juruterbang syarikat penerbangan, GMT-Master II telah menjadi jam tangan kosmopolitan yang terbaik. Dengan satu jarum 24 jam tambahan dan bezel bersenggat boleh putar dua warna, jam tangan ini memaparkan zon waktu kedua. Jam tangan ini juga membolehkan setiap pemakai mengukuhkan hubungan mereka dengan “suatu tempat” peribadi mereka sendiri, sama ada dari kenangan, destinasi impian atau perjalanan masa depan.

Bezel dua warna simbolik

Bezel dua warna simbolik menjadikan GMT-Master II dapat dikenali serta-merta. Bezel boleh putar dwiarah ini dilengkapi dengan sisipan Cerachrom bersenggat 24 jam yang diperbuat daripada seramik yang sangat keras, yang tercipta menerusi proses rintis yang dibangunkan oleh Rolex.

Dibuat dalam satu kepingan tunggal, bezel ini adalah betul-betul kalis calar, menawarkan sifat antikakisan yang cemerlang dan mengekalkan warna yang terang dari masa ke masa. Senggatan dan angka yang teracu dan terbenam disalut dengan emas kuning, emas merah jambu atau platinum melalui PVD (Pemendapan Wap Fizikal).

Warisan GMT-Master
Two time zones

Kukuh dan praktikal, GMT‑Master II merupakan jam tangan yang ideal untuk mengembara ke seluruh dunia.

Dua zon waktu

Dengan jarum jam, minit dan saat tradisional, satu jarum 24 jam dengan hujung segi tiga, dan satu bezel boleh putar dwiarah dengan sisipan Cerachrom bersenggat 24 jam, GMT-Master II boleh memaparkan masa dalam dua zon waktu secara serentak: sama ada waktu tempatan dan waktu rujukan, atau waktu tempatan dan zon waktu alternatif. Tarikh yang ditunjukkan pada kedudukan pukul 3 pada permukaan diselaraskan dengan waktu tempatan.

Dua zon waktu
Chromalight

Keterbacaan luar biasa

Sepertimana jam tangan Profesional Rolex yang lain, GMT-Master II amat mudah dibaca dalam semua keadaan, walaupun dalam kegelapan, disebabkan paparan Chromalight. Jarum dan penanda jam yang lebar dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.

  • GMT-Master II emas kuning
    Temui lagi
  • GMT-Master II Everose
    Temui lagi
  • GMT-Master II Oystersteel
    Temui lagi