Corak permainan Taylor Fritz

Taylor Fritz

Pemain handalan Amerika 

Usaha keras Taylor Fritz ke arah kecemerlangan telah membuahkan hasil dan melonjakkan dirinya ke peringkat elit tenis dunia.

Taylor Fritz generasi seterusnya

Mengilhami generasi akan datang

Dengan servis yang padu dan permainan garis dasar yang agresif, Taylor Fritz telah menjadi nama besar dalam sukan tenis lelaki.

Lahir daripada keturunan tenis handalan – ibu bapa dan bapa saudaranya bermain secara profesional – Fritz telah mengukir laluannya sendiri dengan kemenangan besar dan dedikasi untuk meningkatkan diri daripada juara remaja kepada pemain tangga teratas dalam Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP). Semangat kesukanan dan keazaman untuk berjaya menjadikan beliau teladan kepada generasi pemain akan datang.

Taylor Fritz jam pada pergelangan tangan

Membentuk masa hadapan

Lantaran memiliki keluarga tenis yang unggul, Taylor Fritz mendapat inspirasi untuk mencipta namanya sendiri dalam sukan ini.

Sejak bergiat secara profesional pada 2015, beliau terus menjadi bualan ramai apabila mara ke peringkat akhir Terbuka Memphis pada tahun berikutnya, lantas menjadi warga Amerika termuda pada masa itu yang mara ke peringkat akhir ATP sejak 1989. Sorotan kerjayanya termasuk gelaran Jelajah ATP sulungnya di Eastbourne Antarabangsa pada 2019, menang di Indian Wells pada 2022 untuk gelaran Masters 1000 pertama dan memasuki ranking 10 teratas dunia pada tahun itu.

Taylor Fritz memakai jam tangan di pergelangan tangan

Fritz terkenal dengan corak permainan bertenaga yang menjadikannya lawan yang sengit di mana-mana jenis gelanggang.

Etika kerja dan ketekunannya ialah kualiti yang mencetuskan inspirasi buat generasi pemain akan datang supaya berusaha mencipta nama mereka sendiri dalam sukan ini.

Taylor Fritz menjadi Testimoni Rolex pada 2016.

Teruskan meneroka