Menyahut cabaran
Mengiringi mereka yang meluaskan pengetahuan kita, dari kutub ke dasar bumi.
Dilancarkan pada tahun 1971, Explorer II ialah pewaris sejati Explorer dengan kualiti ketahanan yang sama terhadap keadaan ekstrem. Menerusi paparan 24 jam, Explorer II mengiringi mereka yang menjelajahi tempat yang tidak diketahui serta sukar untuk membezakan waktu siang dan malam.
Ahli speleologi, ahli vulkanologi dan penjelajah kawasan yang ekstrem. Explorer II mengiringi insan yang membantu kita memperdalam pemahaman tentang dunia dengan meneroka kawasan terpencil.
Dikenali dengan jarum jam 24 jam berwarna jingga dan bezel bersenggat, Explorer II membolehkan pemakai membezakan antara waktu siang dengan malam apabila petunjuk tidak lagi jelas.
Temui ciri-ciriIni ialah Oystersteel, keluli berprestasi tinggi gred 904L, dihasilkan untuk Rolex sejak tahun 1985.
Jam tangan Rolex telah membina reputasi global berdasarkan kebolehpercayaan yang tinggi.
Ini ialah jarum 24 jam Explorer II, yang menyerlah dengan kemasan lakuer jingga cerah.
Inisiatif Planet Abadi menyokong tiga bidang tindakan utama: pemuliharaan lautan, perlindungan hutan belantara dan pemeliharaan dunia hidupan.
Ini ialah paparan Chromalight kami. Dilancarkan pada tahun 2008, ia menawarkan keterbacaan yang optimum dan berpanjangan dalam persekitaran yang paling gelap, dengan adanya bahan pendarkilau yang dibuat oleh Rolex dan dipatenkan.