Kepakaran membuat jam tangan
Oyster Story
Perihal Rolex
Bahasa yang tersedia
di Amerika Syarikat
Pilih
rantau lain
Anda kini berada di Amerika Syarikat.
Anda boleh melihat laman web ini di negara lain dengan membuat pilihan di bawah.
GMT-MASTER II
Merentasi zon waktuDireka untuk golongan profesional yang menjelajah dunia, GMT‑Master menjadi jam tangan pilihan para pengembara. Selama bertahun-tahun, juruterbang, peneroka, atlet dan seniman telah menyumbang kepada legasi jam tangan ini. Kini, Oyster Perpetual GMT‑Master II menjadi pewaris yang menzahirkan aura kosmopolitan tersebut.
Dunia sedang melalui perubahan yang pesat. Perdagangan, perjalanan dan komunikasi berkembang pesat di seluruh dunia. Jarak terasa semakin dekat dan masa seolah-olah berlalu dengan lebih pantas. Dengan kemajuan dalam bidang penerbangan, pesawat menjadi cara pengangkutan utama. Dengan kemunculan penerbangan jarak jauh, perjalanan merentasi lautan dan benua kini dapat dilakukan tanpa persinggahan. Perbezaan masa antara pelbagai zon waktu menjadi cabaran besar.
Dengan fungsi GMT yang memaparkan dua zon waktu, GMT Master memenuhi keperluan para profesional yang menjelajah dunia. Singkatan GMT merujuk kepada 'Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich)', iaitu piawaian masa antarabangsa hingga tahun 1972 yang menjadi rujukan penting bagi para pengembara.
Rolex menjalinkan kerjasama dengan Pan American World Airways yang lebih dikenali sebagai Pan Am. GMT‑Master diangkat sebagai jam tangan rasmi Pan Am, syarikat penerbangan antara benua Amerika yang terkemuka dan terbesar pada ketika itu. Para juruterbang Pan Am memakai model GMT‑Master dan tampil dalam iklan Rolex, lantas mengukuhkan kedudukan jam tangan ini sebagai ikon dunia penerbangan.
Penerbangan terus pertama Pan Am dari New York ke Moscow membawa para wartawan ke Kesatuan Soviet (USSR) untuk melaporkan lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon, ke negara tersebut. Pesawat Boeing 707 yang dipandu oleh Kapten C. N. Warren dalam penerbangan perintis antara benua ini menggunakan GMT‑Master miliknya sebagai bantuan navigasi. Beliau menyatakan bahawa “penerbangan itu dikemudi oleh Rolex”.
Rolex menaja Ekspedisi Pegasus Overland dengan membekalkan seutas GMT‑Master kepada semua lapan anggota Tentera British yang terlibat. Selama lebih 51 minggu, mereka merentasi 34 negara di Eropah, Asia, Oceania dan Afrika dengan dua kenderaan lasak khas. Perjalanan mereka yang dirakam sepenuhnya memberikan gambaran unik tentang budaya dan landskap dunia pada penghujung 1950-an.
Sheila Scott menjadi wanita juruterbang British pertama yang berjaya menamatkan penerbangan solo mengelilingi dunia. Pada 18 Mei 1966, Sheila Scott memakai GMT‑Master dan berlepas dari Lapangan Terbang Heathrow di London, England, dengan memandu pesawat Piper Comanche berenjin tunggal miliknya. Beliau kembali ke titik mula pada 20 Jun selepas membuat 31 persinggahan dan menempuh jarak hampir 50,000 km (31,000 batu) dengan keseluruhan 189 jam penerbangan direkodkan sepanjang 34 hari.
Dari tahun 1959 hingga 1968, NASA dan Tentera Udara AS membangunkan program X-15. Projek pesawat hipersonik ini dibangunkan untuk menguji keupayaan juruterbang menahan kesan kelajuan melampau dan penerbangan di bawah orbit. William J. Knight menjadi antara juruterbang yang mencipta sejarah melalui projek ini. Pada 3 Oktober 1967, ketika menerbangkan pesawatnya merentasi Gurun Mojave di California dengan memakai GMT‑Master, beliau mencapai kelajuan 7,274 km/j (4,520 bsj atau Mach 6.7) lantas mencipta rekod yang belum dapat diatasi hingga kini.
Selepas tujuh bulan mengharungi lautan, Bernard Moitessier berada di ambang kejayaan dalam Perlumbaan Sunday Times Golden Globe, iaitu pelayaran solo tanpa henti mengelilingi dunia yang pertama. Namun, beliau mengambil keputusan untuk menarik diri dan meneruskan pelayarannya. Katanya: “Saya akan belayar ke Kepulauan Pasifik kerana saya menemukan kebahagiaan di laut.” Moitessier melabuhkan sauh di Tahiti pada 21 Jun 1969 setelah belayar lebih 37,000 batu nautika dengan hanya berpandukan sekstan dan GMT‑Master miliknya.
Pada 11 April 1970, misi Apollo 13 berlepas dari bumi dalam usaha ketiga Amerika Syarikat untuk mendarat di bulan. Antara barangan peribadi Jack Swigert sebagai juruterbang modul arahan ialah GMT‑Master kesayangannya, sebuah jam tangan yang kekal dipakai sepanjang misi, bagaikan azimat pembawa tuah. Akibat kerosakan, kapal angkasa itu kembali ke bumi sebelum jadual asal. Ketika mengemudi kapal angkasa itu, Jack Swigert terpaksa melakukan beberapa pembetulan haluan. Pada 17 April, kapsul itu mendarat di Lautan Pasifik di antara New Zealand dengan Fiji. Para kru selamat dan sihat.
Antara jam tangan GMT‑Master yang terkenal ialah model yang dipakai oleh Marlon Brando dalam filem Apocalypse Now, ketika beliau melakonkan watak Kolonel Walter E. Kurtz, seorang pegawai Tentera Amerika Syarikat yang membelot semasa Perang Vietnam. Kecintaan Brando terhadap jam tangannya mendorong beliau menanggalkan bezel merah dan biru ikonik GMT-Master itu apabila pasukan produksi menganggapnya terlalu menonjol tetapi beliau tetap enggan berpisah daripada jam tersebut. Ukiran namanya pada bahagian belakang penutup menjadikan jam itu lebih unik.
Penyempurnaan berterusan oleh Rolex menjadikan GMT‑Master lebih selesa dipakai dan lebih mudah digunakan secara intuitif. Pada tahun 1982, Rolex memperkenalkan gerakan baharu yang membolehkan jarum jam dilaraskan secara berasingan daripada jarum minit dan jarum 24 jam. Penambahbaikan ketara ini disusuli oleh penukaran nama apabila GMT‑Master yang dilengkapi gerakan teroptimum tersebut kini dikenali sebagai GMT‑Master II.
Pada tahun 2005, GMT‑Master II menjadi jam tangan Rolex pertama yang dilengkapi sisipan bezel Cerachrom yang dihasilkan daripada seramik berteknologi tinggi. Pada awalnya diperkenalkan dalam warna hitam sebelum hadir dalam versi dua warna mulai 2013, Cerachrom terkenal dengan ciri keteguhan, betul-betul kalis calar, tahan terhadap kakisan dan sinaran ultraungu serta tidak berubah warna.
Scott Brash mencipta sejarah apabila memenangi acara Grand Prix di Geneva, Aachen dan Spruce Meadows secara berturut-turut. Beliau ialah penunggang pertama setakat ini yang memenangi Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex. Berikutan pencapaiannya yang luar biasa, penunggang Scotland itu menerima GMT‑Master II dengan sisipan bezel Cerachrom merah dan biru. “Setiap kali saya melihatnya, ia mengimbau kenangan pada hari tersebut di Calgary.”
Garapan semula GMT‑Master II yang unik telah diperkenalkan. Rekaan dengan sisipan bezel Cerachrom hijau dan hitam ini terserlah melalui putaran jam pusingan yang terletak di sebelah kiri penutup. Satu lagi ciri tersendiri model ini ialah paparan tarikh yang ditempatkan pada pukul 9 pada permukaan. Ketika dilancarkan, versi GMT‑Master II ini ialah satu-satunya jam tangan Rolex yang menampilkan konfigurasi sedemikian. Reka bentuk unik ini mencerminkan komitmen berterusan Rolex untuk memenuhi keperluan dan cita rasa setiap pemakai.
Rolex memperkenalkan permukaan pertama yang dihasilkan daripada seramik berteknologi tinggi. Dalam rona hijau, komponen Cerachrom baharu ini diperkenalkan untuk kali pertama pada Oyster Perpetual GMT-Master II emas putih 18 karat yang menampilkan putaran jam pusingan di sebelah kiri serta paparan tarikh pada pukul 9.