
Cerachrom
Gabungan warna sempurna
Ini ialah sisipan bezel Cerachrom dwiwarna kami. Dwiwarna, namun monoblok. Monoblok dwitona yang diperkenalkan pada tahun 2013 pada GMT-Master II ini ialah satu kombinasi yang eksklusif hasil daripada inovasi teknikal yang luar biasa.
Untuk mencipta dua warna berbeza dalam satu blok seramik berteknologi tinggi, kami membangunkan proses industri tersendiri. Pembakaran terakhir pada suhu yang sangat tinggi, dipanggil pengsinteran, menyatukan warna ini dengan sempurna dan mewujudkan identiti global: satu sisipan, dwiwarna dan pelbagai kombinasi yang kini simbolik.
