Scott Brash

Scott Brash

Penunggang kuda handalan

Scott Brash ialah penunggang kuda British yang terkenal dan dikagumi kerana menjadi penunggang pertama yang memenangi Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex, iaitu cabaran terbesar dan hadiah utama sukan itu.

Trofi Scott Brash

Memenangi Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex merupakan detik yang luar biasa dalam kerjaya saya. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan dan emosi saya ketika memegang trofi.

Scott Brash

Jam tangan di pergelangan tangan Scott Brash

Juara di arena

Scott Brash ialah tokoh terkemuka dalam pertunjukan lompat kuda antarabangsa.

Brash terkenal dengan ketepatan, strategi dan semangat daya saing yang tinggi sehingga berjaya mencapai pelbagai kemenangan dan pujian, lantas mengesahkan statusnya sebagai pesaing utama dalam dunia ekuestrian.

Scott Brash menunggang kuda

Kejayaan yang mengagumkan

Perjalanan Scott Brash dalam sukan ekuestrian bermula apabila beliau mula menunggang kuda pada umur tujuh tahun.

Pada umur 10 tahun, beliau bertanding dalam pertunjukan lompat kuda British melalui The Pony Club. Dengan bimbingan jurulatih terkemuka, Brash mengasah kemahirannya dan pantas mendaki kendudukan sehingga mencapai No. 1 Dunia dalam pertunjukan lompat kuda. Kerjayanya bermula bersama kuda hebat miliknya, Hello Sanctos, yang meraih banyak kemenangan, termasuk emas berpasukan pada Sukan Olimpik London 2012.

Pada 2015, beliau ialah penunggang pertama setakat ini yang memenangi Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex. Pencapaian ini memerlukan penunggang memenangi Grand Prix dalam tiga daripada empat Kejohanan Utama berturut-turut iaitu Masters Belanda, Pesta Ekuestrian Dunia, Kejohanan Masters CSIO Spruce Meadows dan CHI Geneva. Bersama Hello Sanctos, Brash memenangi Grand Prix Rolex di Geneva pada akhir 2014 diikuti dengan Grand Prix Rolex di Aachen dan Grand Prix ‘Antarabangsa’ CPKC yang dibawakan oleh Rolex di Spruce Meadows. Pencapaian luar biasa ini mengukuhkan kedudukannya dalam sejarah ekuestrian.

Brash turut menggondol beberapa kemenangan hebat yang lain. Beliau memenangi Peringkat Akhir 10 Teratas IJRC Rolex di Geneva pada 2014 beberapa hari sebelum memulakan perjalanan untuk merangkul hadiah paling berprestij dalam pertunjukan lompat kuda. Pada 2016, beliau berjaya mempertahankan gelarannya dalam Grand Prix ‘Antarabangsa’ CPKC yang dibawakan oleh Rolex.

Scott Brash memberikan tabik hormat
Scott Brash

Selepas kejayaan pasukannya pada Olimpik London, Brash terus menunggang dengan cemerlang di pentas antarabangsa. Pada 2013, beliau membantu Great Britain merangkul kejuaraan berpasukan pada Kejohanan Eropah. Dua tahun kemudian, Brash dan Hello Sanctos telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemasyhuran British Horse Society bagi mengiktiraf impak mereka terhadap sukan itu. Pada 2022, Brash dan rakan Testimoni Rolex Harry Charles menjadi sebahagian daripada pasukan Great Britain yang meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia FEI. Pada Sukan Olimpik Paris 2024, Brash memainkan peranan penting dalam mendapatkan emas berpasukan untuk Great Britain. Beliau memperlihatkan persembahan yang hampir sempurna bersama Hello Jefferson di bawah tekanan yang besar sebagai penunggang utama.

Scott Brash menjadi Testimoni Rolex pada 2015.

Teruskan meneroka