Tom Slingsby
Pelayar berwawasan penuh strategi
Tom Slingsby, seorang pelayar yang mahir dari Australia, terkenal dengan kemahiran luar biasa dan kepintaran strategi dalam sukan lumba layar.
Juara berwawasan
Nama besar dalam dunia pelayaran, Tom Slingsby telah mencipta nama melalui kemahiran luar biasa dan kecemerlangan menyusun strategi.
Terkenal sebagai pelayar serba boleh merentas pelbagai kelas, Slingsby telah mencapai kejayaan cemerlang di pentas antarabangsa yang membuat penonton teruja melihat keazaman dan semangatnya terhadap sukan ini.
Mengemudi dengan tepat
Tom Slingsby memulakan kerjaya pelayarannya pada usia 15 tahun, dan ternyata memiliki bakat semula jadi dalam sukan ini.
Beliau mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila menggondol pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 dalam kelas Laser, yang mempamerkan kemahiran dan pengemudian yang luar biasa.
Sebagai jurumudi dan ketua pegawai eksekutif penyertaan Australia, Slingsby telah memberi inspirasi kepada pasukannya untuk meraih tiga gelaran dalam Rolex SailGP Championship, sekali gus menunjukkan kehebatan menyusun strategi dan sifat kepimpinannya. Pada 2013, beliau ialah sebahagian daripada Oracle Team USA yang memenangi Piala Amerika, lantas mengesahkan statusnya sebagai salah seorang pesaing terbaik dalam dunia pelayaran.
Pelayar Terbaik Tahun Ini Rolex sebanyak tiga kali ini ialah seorang atlet yang amat serba boleh. Bakatnya meluas hingga memenangi 10 kejohanan dunia dalam pelbagai kategori, serta menjadi ketua bagi kru yang memenangi perlumbaan luar pesisir yang epik, Perlumbaan Kapal Layar Sydney Hobart Rolex serta Perlumbaan Laut Tengah Rolex.
Slingsby terkenal dengan pendekatan inovatifnya dalam sukan layar dan sentiasa melampaui sempadan sukan ini. Beliau menjadi Testimoni Rolex pada tahun 2023.
Tom Slingsby memakai seutas Yacht-Master 42 dalam titanium RLX.
Teruskan meneroka