
Rolex merupakan Penjaga Masa Rasmi Terbuka Australia sejak tahun 2008.

Trofi pertama setiap musim. Pertarungan sengit. Suasana yang unik.
Tarikh pertama pada kalendar Grand Slam®. Terbuka Australia dimainkan pada bulan Januari di gelanggang keras Melbourne Park dengan menampilkan corak permainan yang hebat dan pantas. Diasaskan pada tahun 1905, acara ini terkenal kerana mempamerkan perlawanan yang mendebarkan dalam suasana yang amat santai.

Rolex merupakan Penjaga Masa Rasmi Terbuka Australia sejak tahun 2008.

Penonton menikmati suasana musim panas yang ceria sambil menyaksikan aksi berbalas pukulan yang sengit. Disebut sebagai “Happy Slam” oleh Roger Federer, kejohanan ini menyajikan pengalaman yang santai dan mesra keluarga untuk penonton. Dengan gelanggang luar yang membolehkan penonton menyaksikan pemain secara lebih dekat, pelbagai acara sampingan yang diadakan sepanjang pertandingan dan teknologi inovatif yang mempertingkatkan suasana tontonan, Terbuka Australia telah menjadi satu daripada acara sukan terbesar di hemisfera selatan.

Terbuka Australia merupakan kejohanan yang amat dekat di hati saya, banyak kenangan indah. Peminat di Australia sentiasa menyokong dan menyambut saya dengan mesra.

Rod Laver merupakan pemenang pertama gelaran perseorangan lelaki Terbuka Australia pada tahun 1969 selepas peralihan sukan itu kepada era profesional. Beliau merangkul kejuaraan di negara asalnya dua kali sebelum ini, ketika acara itu masih dikhaskan untuk amatur dan dikenali sebagai Kejohanan Australia. Testimoni Rolex itu merupakan tokoh ikonik dalam tenis dan telah mengilhami generasi pemain pada semua peringkat selama lebih tujuh dekad.
Roger Federer mengulas tentang ikon yang dikagumi dunia ini: “Bukan setakat pencapaian, malah perawakannya. Beliau rendah hati dan tidak pernah mendabik dada”.