Li Na

Li Na

Perintis tenis di Asia

Li Na diraikan kerana pencapaian cemerlang dan peranannya dalam mempopularkan sukan itu di China.

Kemenangan Li Na

Pelopor China

Sebagai pemain Asia pertama yang memenangi gelaran perseorangan Grand Slam®, Li Na telah mengilhamkan berjuta-juta orang di seluruh dunia dan merintis peluang kepada pemain tenis generasi akan datang di Asia.

Kejayaan di gelanggang dan keperibadian yang berkarisma menjadikan beliau seorang pelopor di tanah airnya, China.

Trofi Li Na

Menginspirasikan negara dan seluruh dunia

Li Na mula bermain tenis sejak usia lapan tahun selepas beralih daripada badminton yang pertama kali dimainkan di bawah bimbingan jurulatihnya.

Kerjaya profesionalnya bermula pada awal 2000-an dan menjadi pemain China pertama menjuarai acara Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) dengan kemenangan di Terbuka Guangzhou 2004. Tetapi kejayaannya di Roland-Garros pada 2011 melakar detik bersejarah apabila memenangi gelaran perseorangan Grand Slam® pertama di Asia. Beliau terus memecahkan rekod selepas memenangi Terbuka Australia 2014 dan mencapai kedudukan tertinggi dalam kerjaya sebagai No. 2 Dunia. Pengaruhnya melampaui sembilan gelaran WTA miliknya. Beliau memainkan peranan penting dalam meningkatkan populariti tenis di China dan memberikan inspirasi kepada pemain generasi baharu.

Li Na Roland-Garros

Legasi Li Na di tanah airnya sangat kukuh kerana beliau bukan sahaja membawa tenis China ke mata dunia, malah mengilhami ramai atlet muda untuk meneruskan sukan tersebut. Kejayaannya telah melonjakkan penyertaan dan penonton tenis di China sehingga menyumbang kepada pembangunan infrastruktur tenis dan kemunculan bakat tenis baharu seperti rakan Testimoni Rolex Qinwen Zheng sebagai ketua dalam kalangan mereka di persada global.

Li Na menjadi Testimoni Rolex pada 2011.

Teruskan meneroka