Ayah saya pernah berkata bahawa jika anda memenangi Terbuka Amerika Syarikat, anda menaklukkan padang golf terbaik yang paling sukar.
Melakukan hal yang mustahil
Padang yang mencabar pada setiap edisi. Peluang untuk semua orang. Ganjaran yang istimewa.
Terbuka Amerika Syarikat ialah acara tertua daripada pertandingan utama golf yang dimainkan di Amerika Syarikat. Acara ini diadakan di lapangan yang berbeza setiap bulan Jun, dipilih daripada padang yang paling mencabar bagi meningkatkan cabaran. Setiap pemain amatur mahupun profesional berpeluang untuk menang, tetapi hanya seorang yang akan dinobatkan sebagai juara.
Kejohanan legenda
Kejohanan utama Persatuan Golf Amerika Syarikat, iaitu Terbuka Amerika Syarikat telah menjadi arena kejayaan bagi beberapa nama legenda golf terbilang, termasuk Arnold Palmer, Jack Nicklaus, Gary Player, Tom Watson dan Tiger Woods. Diwujudkan pada tahun 1895 di Kelab Golf Newport di Rhode Island, acara ini telah memahat sejarah sukan ini. Rolex merupakan Penjaga Masa Rasmi acara ini sejak tahun 1980.
Cabaran utama
Kejohanan utama lelaki ketiga musim ini, Terbuka Amerika Syarikat mungkin yang paling rumit. Acara ini dimainkan di padang yang telah diubah suai khas untuk mencabar pemain terbaik dunia serta menuntut persediaan mental dan fizikal yang luar biasa.
Impian menjadi kenyataan.
Satu trofi yang menjadi rebutan
Pemain berpengalaman dan amatur, legenda dan pendatang baharu - Terbuka Amerika Syarikat disertai pelbagai golongan, termasuk pemain pusingan kelayakan. Inilah peluang untuk menguji kemampuan pesaing beraksi di lapangan yang sangat sukar. Taruhannya: satu daripada hadiah yang paling didambakan dalam sukan golf.
Kelab Golf Shinnecock Hills
Pada tahun 2026, Terbuka Amerika Syarikat ke-126 akan dimainkan di Kelab Golf Shinnecock Hills, yang pernah menganjurkan kejohanan utama itu sebanyak lima kali.