
Dalam perlawanan transatlantik ini, semangat berpasukan dan perpaduan amatlah penting.

Acara yang berlangsung dengan penuh gaya. Pertembungan dua pasukan. Persaingan sengit selama tiga hari. Piala Ryder menghimpunkan pemain terbaik dunia dalam suasana yang unik.
Dirasmikan pada tahun 1927, Piala Ryder adalah antara acara sukan yang meraih tontonan tertinggi di dunia. Setiap dua tahun, pertandingan ini menyaksikan Eropah menentang Amerika Syarikat dan menampilkan pemain baharu harapan, juara terkemuka dan legenda golf.

Dalam perlawanan transatlantik ini, semangat berpasukan dan perpaduan amatlah penting.
Piala Ryder menyemai semangat setiakawan yang mengatasi norma persaingan di litar profesional. Setiap pasukan dibimbing oleh bekas juara yang bertindak sebagai kapten yang tidak bermain. Aturan khusus ini serta kehangatan perlawanan secara berpasangan dan juga perseorangan, memupuk rasa persaudaraan yang sejati. Rolex memulakan ikatan dengan pertandingan itu pada 1995 sebagai rakan kongsi pasukan Eropah. Pada tahun 2021, jenama ini menjadi Rakan Kongsi Sedunia bagi acara dwitahunan itu.

Piala Ryder ialah bentuk pertandingan golf yang paling tulen. Kami menyertai banyak kejohanan perseorangan tetapi untuk bersatu sebagai satu pasukan dan bermain secara kolektif merupakan hal yang istimewa.

-rec-portrait.jpg)
Acara istimewa golf, Piala Ryder, adalah antara acara sukan yang meraih tontonan tertinggi di dunia. Di sekitar lapangan golf yang menghijau, hadirin yang terpesona memecah kesunyian dengan sorakan bagi menghargai aksi hebat wira mereka.
Itulah sebabnya saya menjadi profesional dan hadir di sini – untuk bermain dalam Piala Ryder dan merasai pengalaman itu.
