Bryson DeChambeau

Bryson DeChambeau

Juara pilihan ramai

Bryson DeChambeau, yang terkenal dengan pendekatan analitikal dan permainan bertenaga, telah merevolusikan golf moden dengan gaya yang unik dan teknik inovatif.

Bryson DeChambeau

Untuk mengikuti jejak legenda sebelum saya, menjadi sebahagian daripada keluarga itu amat bermakna buat saya.

Bryson DeChambeau

Perintis permainan moden

Pemain golf profesional Amerika ini diraikan kerana pendekatan saintifiknya terhadap sukan golf, lantas diberikan gelaran “Saintis”.

Dikenali dengan sistem kayu golf panjang tunggal dan analisis permainan terperinci, DeChambeau telah mencapai kejayaan besar di PGA TOUR®, termasuk kemenangan kejohanan utama pada edisi Terbuka Amerika Syarikat 2020 dan 2024.

Bryson DeChambeau
Bryson DeChambeau

Daripada innovator amatur kepada juara Utama

Perjalanan golf DeChambeau bermula di California apabila beliau mula meminati aspek teknikal permainan.

Kejayaannya diraih sebagai seorang amatur, memenangi kedua-dua Kejohanan Perseorangan NCAA dan Amatur AS pada 2015, satu pencapaian yang jarang berlaku dalam sukan golf. Menjadi pemain profesional pada 2016, DeChambeau segera menyerlahkan diri di PGA TOUR®, meraih pelbagai kemenangan dan pengiktirafan kerana kaedahnya yang bukan konvensional. Kejayaannya di Terbuka Amerika Syarikat 2020 mempamerkan pendekatan uniknya pada salah satu peringkat tertinggi golf.

Bryson DeChambeau

Pada 2024, DeChambeau mempamerkan aksi mendebarkan semasa menggondol gelaran Terbuka Amerika Syarikat keduanya.

Persembahan cemerlangnya mengumpulkan kemenangan pasti akan diingati pada tahun-tahun akan datang.

Komitmen DeChambeau terhadap inovasi dan transformasi fizikal telah menetapkan piawaian baharu dalam golf, mencabar kebiasaan dan memberi inspirasi kepada pemain generasi baharu.

Bryson DeChambeau menjadi Testimoni Rolex pada 2016.

Teruskan meneroka