Gary Player
Ikon golf global
Gary Player, seorang legenda dalam dunia golf, diraikan bukan sahaja kerana pencapaiannya yang luar biasa di atas padang tetapi juga kerana pengaruh transformatif dalam sukan ini pada peringkat antarabangsa.
Kami bertiga bersaing secara aman. Namun, apabila seorang daripada kami menang, dua yang lain akan menghulurkan tangan mereka dan berkata, ‘Syabas, awak kalahkan saya hari ini, tetapi saya akan tewaskan awak esok.’ Itu ialah persaingan yang sangat sihat, satu sikap yang budiman.
Gary Player
Legasi seorang juara
Gary Player ialah salah seorang pemain yang paling berjaya dan berpengaruh dalam sejarah golf.
Dikenali sebagai “Kuda Hitam” kerana pakaian hitamnya yang tersendiri, warga Afrika Selatan itu memenangi sembilan kejohanan utama dalam kedua-dua PGA TOUR® dan PGA TOUR® senior. Beliau ialah seorang daripada lima pemain yang telah mencapai kerjaya Grand Slam dengan memenangi semua empat kejohanan utama – Kejohanan Masters, Kejohanan PGA, Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka.
Pendukung golf global
Perjalanan Gary Player dalam golf bermula di negara asalnya Afrika Selatan, tempat beliau mengembangkan kemahirannya sejak kecil.
Bergiat secara profesional pada 1953, Player segera mencipta kejayaan, merangkul kejuaraan utama pertamanya di Terbuka pada tahun 1959. Dua tahun kemudian, beliau menjadi orang bukan Amerika pertama yang memenangi Kejohanan Masters. Beliau ialah perintis yang berdedikasi terhadap kecergasan dan ketahanan mental yang menetapkan standard baharu dalam golf profesional dan membolehkannya bersaing pada peringkat tertinggi semasa lewat usianya. Player melengkapkan kerjaya Grand Slam dengan kemenangan di Terbuka Amerika Syarikat pada 1965. Beliau terlibat dalam perhubungan awal Rolex dengan golf bersama rakan dan seteru hebat Arnold Palmer dan Jack Nicklaus – mereka bertiga dikenali sebagai The Big Three – menjadi Testimoni golf pertama jenama Rolex pada 1967.
Kejayaan, semangat kesukanan dan dukungan tanpa henti Player terhadap pertumbuhan global sukan itu memberi beliau tempat dalam Dewan Kemasyhuran Golf Dunia dan reputasi sebagai pemain golf sejati.
Mungkin tidak ada contoh yang lebih baik tentang sikap adilnya daripada Presidents Cup™ 2003 di Afrika Selatan apabila beliau menjadi kapten pasukan antarabangsa, manakala Nicklaus menjadi kapten pasukan AS. Dengan saingan terikat 17-17, kedua-dua kapten memilih Ernie Els dan Tiger Woods untuk pusingan penentu. Apabila kedua-dua pemain masih terikat selepas tiga lubang tambahan, Player dan Nicklaus bersetuju dengan keputusan seri, satu-satunya Presidents Cup™ yang berakhir tanpa pemenang.
Player mengumpul lebih daripada 160 kemenangan dalam kerjaya cemerlang yang menjangkau enam dekad.
Rolex Day-Date miliknya mengimbau kenangan Grand Slam yang disertainya: “Ketika ayah saya melihat saya berlatih bersungguh-sungguh dan mula meraih kejayaan, dia berkata, ‘Teruskan usaha dan kamu mungkin akan membeli Rolex kamu sendiri suatu hari nanti.’ Ya, ternyata saya membeli Rolex pertama saya selepas memenangi Grand Slam. Perit rasanya mengimbau 60 tahun perjalanan kerjaya saya tetapi saya masih ingat sewaktu berkata, “Ayah, saya sudah memiliki jam tangan Rolex.”
Gary Player menjadi Testimoni Rolex pada 1967.
Teruskan meneroka