Kepakaran membuat jam tangan

Kecemerlangan sedang dicipta

kecemerlangan sedang dicipta

Tujuh tonggak, satu visi

Superlatif. Bukan sekadar perkataan, tetapi sebuah visi. Satu komitmen.
Komitmen untuk mereka bentuk dan mengeluarkan jam tangan yang lebih dipercayai dan berprestasi tinggi. Terukir pada setiap permukaan, perkataan ini mencerminkan nilai teras kami.

Visi pembuatan jam ini dibina berteraskan tujuh tonggak yang membentuk identiti kami: ketepatan, automasi, autonomi, kalis air, ketahanan terhadap magnet, kebolehpercayaan dan ketahanan.

Tujuh tonggak yang mendorong kami agar mengatasi piawaian dan menolak sempadan.
Tujuh tonggak yang menemani setiap pemakai, di mana-mana sahaja mereka berada.
Tujuh tonggak yang diperkasakan, yang menjadikan Rolex unik dalam dunia pembuatan jam.