Angelique Kerber

Angelique Kerber

Lambang ketabahan dan keazaman

Angelique Kerber ialah bekas pemain tenis No. 1 Dunia yang terkenal dengan gaya permainan yang dibina berdasarkan jangkaan, kelajuan dan kekuatan.

Petikan Angelique Kerber

Jam tangan ini mengingatkan saya tentang sebab dan saat saya mula mendapatnya serta semua pencapaian yang saya genggam saat ini... Jam tangan ini menjadi motivasi untuk saya kembali ke gelanggang dan bekerja keras.

Angelique Kerber

Trofi Angelique Kerber

Mahir di pelbagai jenis gelanggang

Angelique Kerber ialah bekas pemain Jerman yang merangkul tiga gelaran perseorangan Grand Slam® dan memiliki keupayaan cemerlang bermain di pelbagai jenis gelanggang.

Terbuka Australia Angelique Kerber

2016: Tahun penentu kerjaya

Perjalanan tenis Angelique Kerber bermula di Jerman apabila kemahiran bermainnya diasah sejak kecil.

Menjadi pemain profesional pada 2003, beliau terus mendaki kedudukan Persatuan Tenis Wanita (WTA) dengan kejayaannya pada 2011 apabila mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat. Dedikasi Kerber membuahkan hasil dengan pencapaian terbesar pada 2016 apabila memenangi gelaran perseorangan Grand Slam® pertamanya di Terbuka Australia dan muncul juara di Terbuka Amerika Syarikat pada akhir tahun itu. Pada umur 28 tahun, beliau menjadi pemain tertua yang membuat penampilan sulung sebagai No. 1 Dunia.

Kejayaan Kerber di Kejohanan Wimbledon pada 2018 bukan sahaja melengkapkan koleksi gelaran Grand Slam®nya di dua gelanggang berbeza tetapi turut mengukuhkan statusnya sebagai seorang daripada pemain paling versatil dalam generasinya. Antara 2012 hingga 2018, beliau menjadi tokoh yang konsisten selepas memenangi lebih banyak perlawanan daripada pemain WTA lain dan menduduki Kedudukan WTA 10 teratas selama enam daripada tujuh tahun tersebut.

Dengan 14 gelaran perseorangan, kisah Kerber menjadi inspirasi kepada atlet muda di seluruh dunia, lantas membuktikan bahawa keazaman dan semangat menjadi kunci untuk mencapai keunggulan dalam bidang masing-masing.

Angelique Kerber menjadi Testimoni Rolex pada 2017.

Wimbledon Angelique Kerber