Jim Courier

Jim Courier

Nama besar tenis

Jim Courier, dengan permainannya yang bertenaga dan keazaman yang tinggi, meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam dunia tenis sekitar 1990-an.

Jim Courier

Tokoh tenis yang dominan

Jim Courier, seorang legenda tenis Amerika, mencapai kejayaan yang luar biasa sepanjang kerjaya profesionalnya.

Terkenal dengan pukulan depan yang kuat dan etika kerja yang cekal, Courier memenangi empat gelaran Grand Slam® perseorangan dan menduduki No. 1 Dunia selama 58 minggu. Permainan garisan belakang yang agresif dan kekuatan mental mengukuhkan legasinya sebagai salah seorang pemain terunggul dalam sukan ini.

Kemenangan Jim Courier

Pencapaian kerjaya dan legasi

Perjalanan tenis Jim Courier bermula di Florida, tempat beliau mengasah kemahirannya pada peringkat junior.

Menjadi profesional pada tahun 1988, beliau segera mencipta nama dengan gaya permainannya yang agresif. Kejayaannya terbit pada 1991 apabila beliau memenangi Roland-Garros, sekali gus meraih gelaran Grand Slam® perseorangan pertamanya. Kejayaan Courier diteruskan pada tahun berikutnya dengan kemenangan di Terbuka Australia sebelum beliau berjaya mempertahankan kejuaraannya di Paris dan melakukan perkara yang sama di Melbourne pada 1993. Kejayaan yang mengagumkan ini mempamerkan fleksibiliti beliau di gelanggang permainan yang jauh berbeza.

Jim Courier beraksi

Pada usia 22 tahun, Courier telah memasuki pusingan akhir perseorangan bagi keempat-empat acara Grand Slam®, lantas menjadi pemain termuda dalam sejarah yang mencapai kejayaan itu, serta membuktikan peningkatan pesat dan konsistensinya. Sepanjang kerjayanya, beliau meraih 23 gelaran perseorangan dan enam gelaran beregu. Impak Courier melampaui pencapaian individu apabila beliau memainkan peranan penting dalam pasukan Piala Davis Amerika Syarikat yang menang pada 1992 dan 1995. Beliau terus berkhidmat sebagai kapten pasukan dari 2010 hingga 2018. Sumbangan Courier terhadap tenis diiktiraf apabila tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa pada 2005, sekali gus mengesahkan statusnya sebagai salah seorang pemain paling berpengaruh dalam sukan ini sekitar 1990-an.

Jim Courier menjadi Testimoni Rolex pada tahun 2019.

Teruskan meneroka