Justine Henin

Justine Henin

Gabungan seni dan daya saing

Justine Henin ialah pemain pelopor yang menggabungkan kecemerlangan teknikal dengan ketahanan mental luar biasa.

Justine Henin

Permainan bergaya

Kerjaya Justine Henin yang terkenal dengan gaya permainan anggun dan bertenaga telah mengukuhkan takhta tenis wanita dan mengilhami generasi pemain baharu.

Perjalanannya daripada seorang bakat muda di Belgium hingga meraih 43 gelaran perseorangan, termasuk tujuh anugerah Grand Slam® menjadi bukti penat lelah dalam mengasah kemahirannya.

Justine Henin mula mendalami tenis sejak kecil kerana keluarganya tinggal berdekatan dengan sebuah kelab tenis di Belgium.

Semasa kecil, ibunya sering membawanya ke negara jiran untuk menonton kejohanan Roland-Garros yang akan menjadi titik penting dalam kerjayanya. Pada 1997, beliau merangkul gelaran juara perseorangan remaja wanita. Selepas menjadi pemain profesional pada Mei 1999 ketika berusia 16 tahun, beliau menjuarai Terbuka Belgium sebagai pemain kelima yang menang dalam penampilan sulung di WTA.

Menjelang 2001, Henin telah muncul sebagai pemain yang disegani. Dua tahun kemudian, beliau mempamerkan kehebatannya di gelanggang tanah liat dengan meraih gelaran pertama daripada empat kejohanan perseorangan Roland-Garros sebelum menutup musim itu dengan menjulang trofi Terbuka Amerika Syarikat. Beberapa minggu kemudian, beliau menduduki tempat teratas dalam ranking Persatuan Wanita (WTA) dan menamatkan tahun itu sebagai pemain nombor 1 yang dipertahankan pada 2006 dan 2007. Pada 2004, Henin menambah satu lagi gelaran Terbuka Australia dan meraih pingat emas Olimpik. Beliau memenangi tiga gelaran Roland-Garros berturut-turut bermula 2005 dan menambah satu lagi anugerah Terbuka Amerika Syarikat pada 2007. Walaupun masih memegang ranking No. 1 Dunia pada tahun berikutnya, Henin mengejutkan dunia dengan persaraannya. Beliau muncul semula pada 2010 dengan mara ke peringkat akhir Terbuka Australia dan menjuarai kejohanan di Stuttgart dan ’s-Hertogenbosch sebelum mengumumkan persaraan secara rasmi pada 2011.

Trofi Justine Henin
Justine Henin

Henin meninggalkan kesan yang besar dalam dunia tenis dan dianggap sebagai pemain pukulan kilas terbaik untuk kategoti wanita mahupun lelaki. Beliau disegani atas kemampuannya mengatasi lawan yang lebih kuat dengan taktik yang bijak dan pemilihan pukulan yang tepat. Takhta Henin selama 117 minggu sebagai No. 1 Dunia dan dua kemenangan pada Pertandingan Akhir WTA mengukuhkan legasinya sebagai pemain ulung dalam sejarah tenis. Pada 2016, Henin tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa dan pada 2023, beliau menerima penghargaan tertinggi daripada Persekutuan Tenis Antarabangsa, iaitu Anugerah Philippe Chatrier. Kini beliau berkongsi pengalamannya sebagai pengacara TV dan menghabiskan masa untuk akademi tenis serta yayasannya, Justice for Kids bagi membantu kanak-kanak yang sakit.

Justin Henin menjadi Testimoni Rolex pada 2001.

Teruskan meneroka